rose water ointment | salap air mawar | Farmasi | Tiada | Dasar salap beremulsi yang digunakan sebagai krim kosmetik malam. krim sejuk. |
rose water | air mawar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air atau minyak wangi daripada bunga ros. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. |
hover fly | lalat bunga | Biologi | Entomologi | Lalat dalam famili Syrphidae, iaitu famili serangga dwisayap yang besar. Kebanyakan serangga ini mengepak-ngepak di atas bunga dan pokok renek. Lalat ini kadang-kadang disalah sangka sebagai penyengat disebabkan corak jalur kuning yang terdapat pada abdomennya. Larva spesies tertentu yang tidak berkaki dan kecil memakan afid pada pokok bunga mawar atau pokok buah-buahan. Larva sesetengah spesies pula hidup di dalam najis atau di dalam air, manakala yang lainnya hidup di dalam sarang semut, penyengat, dan lain-lain. |