baptise | tansir | Sejarah | Tiada | Perbuatan menjadikan seseorang itu sebagai pemeluk agama Kristian dengan merenjisnya dengan air suci atau memasukkannya ke dalam air suci yang diisi dalam bekas sebagai satu upacara keagamaan. |
الطهور | ṭahūr/air mutlak | Agama Islam | Fiqh | Air yang suci lagi menyucikan. |
Organisation of Islamic Cooperation (OIC) | Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis. |