idiocy | idiosi | Perubatan | Tiada | Rencat akal yang teruk dan khusus yang biasanya merujuk pada individu yang mempunyai I.Q yang kurang daripada 25. Istilah ini biasanya merujuk pada perencatan perkembangan akal dalam masa tiga tahun pertama hayat seseorang kanak-kanak dan bukan bermaksud kemerosotan fungsi akal seperti yang berlaku pada dementia. |
mental retardation | terencat mental/terencat akal | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kecerdasan akal individu di bawah paras normal. Hal ini akan menyebabkan kekurangan kemahiran adaptif seperti komunikasi, penjagaan diri, kemahiran sosial, akademik atau kerja. |
empirical data | data empirik | Psikologi | Psikologi Umum | Data yang diperoleh daripada penelitian yang saintifik. Contohnya, data yang diperoleh daripada kajian pemerhatian naturalistik atau eksperimental, dan bukannya berdasarkan taakulan, spekulasi, kepercayaan tradisional atau akal kebiasaan, atau akal bestari. |
amentia | amentia | Perubatan | Tiada | Rencat akal sejak lahir yang darjah keterukannya berbeza-beza antara seorang individu dengan lain. Keadaan ini boleh mengakibatkan gangguan akal yang berjulat daripada kekeliruan pemikiran sehingga stupor. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal. |
brainware | perisian akal | Komputer | Tiada | Tiada |
lethargic mind | akal lembap | Pendidikan | Tiada | Tiada |
quiz | duga akal; kuiz | Pendidikan | Tiada | Tiada |
common sense | akal | Pendidikan | Tiada | Tiada |
common sense | akal | Pentadbiran | Tiada | Tiada |