graphic character | aksara grafik | Teknologi Maklumat | Tiada | Aksara yang berbentuk simbol grafik atau imej. Selain aksara grafik, terdapat juga beberapa jenis aksara lain iaitu aksara angka, aksara abjad dan aksara khas. Contoh aksara grafik adalah seperti , (, (, (, ( dan (. |
alphanumeric code | kod abjad angka | Matematik | Tiada | Kod bagi set aksara-aksara yang digunakan, iaitu huruf dan digit. |
parallel transmission | penghantaran selari;pemancaran selari | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sistem penghantaran maklumat dalam komputer apabila aksara-aksara kata dihantar, biasanya secara serentak melalui talian-talian yang berlainan.,2. Penghantaran secara serentak bit-bit yang membentuk suatu aksara, sama ada melalui saluran-saluran yang berlainan atau frekuensi-frekuensi pembawa yang berlainan pada suatu saluran. |
alphabetic word | kata abjad | Matematik | Tiada | Perkataan yang terdiri daripada huruf-huruf sahaja. 2. Perkataan yang mengandungi aksara-aksara daripada abjad yang sama. |
daisy-wheel printer | pencetak roda daisi | Pendidikan | Tiada | Pencetak hentaman yang mencetak satu aksara pada satu masa dengan menggunakan mekanisme cetakan yang terdiri daripada roda bergerigi dan aksara-aksara terletak di hujungnya. Pencetak ini boleh menghasilkan output bermutu. |
daisy-wheel printer | pencetak roda daisi | Teknologi Maklumat | Tiada | Pencetak hentaman yang mencetak satu aksara pada satu masa dengan menggunakan mekanisme cetakan yang terdiri daripada roda bergerigi dan aksara-aksara terletak di hujungnya. Pencetak ini boleh menghasilkan output bermutu. |
blank character | aksara padam; aksara kosong | Matematik | Tiada | Aksara yang membentuk satu ruang kosong semasa dicetak. |
acknowledge character (ACK character) | aksara akuan (aksara ACK) | Matematik | Tiada | Satu aksara spesifik bagi kawalan komunikasi yang terhantar dalam sambutan yang sebenarnya daripada atur cara terimaan perutusan. |
BISYNC (binary synchronous communication) | BISYNC (komunikasi segerak perduaan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bentuk kawalan talian telekomunikasi yang menggunakan set aksara kawalan, dan jujukan aksara kawalan piawai, untuk penghantaran data berkod perduaan secara aksara demi aksara. Protokol untuk menghubungkan terminal IBM. Sinonim BSC (binary synchronous communication) |
dummy character | aksara semu | Komputer | Tiada | Aksara yang sengaja disisipkan ke dalam arus aksara untuk mencukupkan bilangan aksara yang dihantar. |