behaviouralism | behaviouralisme | Sains Politik | Tiada | Falsafah atau pendekatan kajian politik yang bersifat empirik dan meneliti perilaku aktor-aktor politik. |
intergovernmental | antara kerajaan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Interaksi dan hubungan antara kerajaan atau negara yang merupakan aktor-aktor antarabangsa. Contohnya, hubungan diplomasi antara kerajaan Malaysia dengan Jepun |
behavioural persuasion | aliran behavioural | Sains Politik | Tiada | Aliran kajian tentang fenomena politik dengan menggunakan pendekatan perilaku atau kaedah penelitian terhadap tindakan-tindakan dan aktiviti aktor-aktor politik. |
international law | undang-undang antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Undang-undang yang mengawal hubungan sesebuah negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional atau individu dengan sesebuah negara yang lain. Undangundang antarabangsa penting dalam mengawal tindakan dan peranan yang dilakukan oleh aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa yang merentas sempadan negara supaya tidak bercanggah dengan amalan di sesebuah negara. Hal ini bermakna, undang-undang antarabangsa digunakan apabila dua atau lebih negara atau warganegara terlibat dalam sesuatu konflik yang memerlukan penyelesaian undang-undang. Kewujudan sistem undang-undang di peringkat antarabangsa secara dasarnya telah berjaya mengawal keamanan dunia terutamanya apabila wujud pelbagai perkara yang bercanggah di antara negara dengan negara-negara lain di dunia. Kewujudan PBB misalnya telah berjaya memastikan undang-undang antarabangsa digubal dan dilaksanakan terutamanya dengan kewujudan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda. Undang-undang antarabangsa terbahagi kepada du |
actor | aktor | Kesenian | Drama dan Teater | Lelaki yang memainkan peranan sebagai pelakon dalam persembahan drama atau teater, sama ada sebagai pelakon utama, pelakon pembantu atau pelakon tambahan. Sinonimpelakon lelaki. |
non-state actor | aktor bukan negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
actor’s training | latihan aktor | Kesenian | Drama dan Teater | Proses latihan untuk membentuk pelakon supaya dapat menghidupkan watak dan perwatakannya agar bersesuaian dengan keperluan cerita. Sinonimlatihan pelakon. |
power | kuasa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kesanggupan aktor untuk mempengaruhi, mengugut dan menghukum tingkah laku pihak lain walaupun bertentangan dengan kemahuan pihak di negara tersebut. Pemegang kuasa mempunyai keupayaan tertentu untuk mengubah dasar negara lain untuk mengikut arahan negara tersebut. Terdapat pelbagai bentuk kuasa seperti pemujukan secara rasional, ekonomi, budaya, teknologi dan ketenteraan. Kuasa ketenteraan biasanya digunakan sebagai tindakan akhir. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa ketenteraan terhadap Iraq kerana penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990. |
influence | pengaruh | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teknik menguasai hubungan sesama aktor politik. Teknik ini bertujuan supaya sesuatu pihak mendorong pihak lain untuk membuat sesuatu yang tidak akan dibuat tanpa dorongan tersebut. Pengaruh berbeza dengan kuasa kerana teknik ini tidak melibatkan unsur pemaksaan sebaliknya melibatkan unsur dorongan atau pujukan. Dalam konteks perhubungan antarabangsa, sesuatu pihak yang berpengaruh memiliki sumber tertentu seperti kekuatan ekonomi, kekuatan politik dan kekuatan persenjataan. Kekuatan ini menjadi sumber untuk tawar-menawar dengan pihak yang lain. Contohnya, Amerika Syarikat berjaya mempengaruhi Turki untuk menggunakan pangkalan tentera negara tersebut dalam misi menjatuhkan rejim Saddam Hussein pada tahun 2003. |
actor’s training | latihan pelakon | Kesenian | Drama dan Teater | Lihatlatihan aktor. |