toxicity | ketoksikan | Perikanan | Tiada | Keracunan yang disebabkan oleh kemasukan atau penyerapan berlebihan bahan toksik. Ketoksikan boleh berbentuk akut atau kronik. Ketoksikan akut berlaku apabila terdedah kepada kepekatan racun yang tinggi dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh masa kurang daripada 96 jam. Ketoksikan kronik pula berlaku akibat pendedahan berpanjangan kepada kepekatan racun yang rendah dan boleh menyebabkan maut dalam jangka masa panjang. Contohnya, fenomena kembangan merah yang disebabkan oleh alga yang mengandungi racun. Apabila racun ini dimakan oleh hidupan laut seperti siput, kerang-kerangan atau ikan, ia boleh dipindahkan kepada manusia dan menyebabkan kematian. |
acute | akut; tirus; runcing | Kimia | Tiada | 1. Akut: Berkaitan penyakit, dan merujuk gejala, atau tanda yang amat jelas dan cepat selesai - sama ada sembuh atau membawa maut. 2. Berkenaan dengan keadaan tajam atau runcing. |
acute periodontitis | periodontitis akut | Perubatan | Tiada | Keradangan akut tisu periodontium, mungkin berakhir dengan kemusnahan tisu periodontium dan kehilangan gigi. |
acute glomerulonephritis | glomerulonefritis akut | Perubatan | Tiada | Penyakit akut nefritis akibat jangkitan |
acute pyelonephritis | pielonefritis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada pelvis dan tisu parenkima ginjal yang dicirikan oleh kesakitan pada loin dan disuria. |
acute pericarditis | perikarditis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada lapisan perikardium jantung yang dicirikan oleh kesakitan pada dada semasa berlakunya pergerakan dan boleh menyebabkan dispnea. |
acute pancreatitis | pankreatitis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada pankreas yang dicirikan oleh kesakitan pada kuadran atas abdomen yang menembusi ke bahagian belakang. |
acute gastritis | gastritis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada gaster yang dicirikan oleh kesakitan pada epigastrik, loya, muntah, dan demam. |
acute bronchitis | bronkitis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada bronkus yang dicirikan oleh batuk dan penghasilan mukus yang banyak. |
acute pulpitis | pulpitis akut | Perubatan | Tiada | Keradangan pulpa akut, bergejala teruk disebabkan pendedahan pulpa pada toksin, bakteria atau kimia. |