al-mu‘allaqah | al-mu‘allaqah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi bertintakan emas yang digantung di dinding Kaabah pada zaman Jahiliah. Tujuh orang penyair al-mu‘allaqah yang terkenal ialah Imru’ al-Qays, Zuhayr ibn Abi Sulma, al-Nabighah al-Dhubyani, al-A‘sha, Lubayd ibn Abi Rabi‘ah, ‘Amr ibn Kulthum dan Tarafah ibn al-‘Abd. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa jumlah penyair al-mu‘allaqah ialah 10 orang, ditambah tiga orang penyair, iaitu al-‘Absi, `Ubayy al-Abras, dan al-Harith ibn al-Hilizzah. Al-mu‘allaqah dikenali juga sebagai al-mudhahhabat. |
al-muwashshaḥah | al-muwashshaḥah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashsha |
نيع | nun-ya-‘ain | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada Ibn Mani yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Saghir. |
ضا | ḍad-alif | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada al-Diya’ al-Maqdisiy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Mukhtarat. |
حك | ḥa-kaf | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada al-Hakim al-Tirmidhiy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Nawadir al-Ụsul. |
al-qard al-hasan | pinjaman ihsan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
al-qard al-hasan | pinjaman ihsan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
عب | ‘ain-ba | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi Abd al-Razzāq al-Ṣan’āniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Jāmi’. |
تخ | ta-kha | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada al-Bukhariy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya dalam kitab al-Ṫarikh al-Kabir. |
خد | kha-dal | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada al-Bukhariy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya dalam kitab al-Adab al-Mufrad. |