novel | novel | Kesusasteraan | Tiada | Fisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali b |
pseudonym | nama samaran | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena. |
onomatopoeia | onomatopia | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau gabungan perkataan yang bunyinya meniru bunyi yang dideskripsikan. Contohnya, bunyi �hiss�, �buzz� dan �bang�. Contoh penggunaan onomatopia dalam puisi bertajuk �Come Down, O Maid� oleh Tennyson adalah seperti yang berikut: The moan of doves in immemorial elms, And murmuring of innumerable bees. Dalam contoh di atas, onomatopia ditampilkan melalui ulangan konsonan �m�. Bunyinya boleh bersifat lunak atau sebaliknya. Browning dalam sajaknya berjudul �Meeting at Night� memimikkan mukanya untuk menghasilkan bunyi yang menggangu ketenangan derianya. Contoh: A tap at the pane, the quick sharp scratch, And blue spurt of a lighted match Dalam contoh di atas, gangguan deria dicetuskan oleh perkataan yang terputus-putus dan bunyinya yang kasar. Dalam sastera Arab, bait-bait sajak Imru� al-Qays berbunyi: �mikarri mifarri, muqbilin mudbirin ma�an/ ka-julmudi sakhrin hattahu al-saylu min �ali�. Istilah onomatopia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �menama |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |