occasional poems | puisi peristiwa | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda |