universe | alam semesta statik; semesta/sejagat; | Matematik | Tiada | Alam semesta dianggap oleh penentang teori alam semesta mengembang sebagai alam semesta tertutup berisi padu terhingga. |
infinity of the universe | ketakterhinggaan alam semesta/infiniti alam semesta | Matematik | Tiada | Alam semesta ini dipercayai tidak berkesudahan kerana terdapat teleskop yang lebih besar melihat lebih jauh lagi dan dapat menyingkap lebih banyak galaksi di kawasan yang lebih jauh. |
pantheism | panteisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik. |
pantheism | panteisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik. |
Einstein universe | alam semesta Einstein | Fizik | Mekanik | Suatu model alam semesta yang terdiri daripada permukaan silinder 4 dimensi dalam ruang 5 dimensi. |
oscillating universe (pulsating universe) | alam semesta berulang | Matematik | Tiada | Alam semesta tertutup yang kerobohannya diikuti dengan pengembangan semula. |
inflationary universe | alam semesta menggelembung | Matematik | Tiada | Fasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek. |
hierarchial universe | alam semesta berhierarki | Matematik | Tiada | Model kosmos yang diilhamkan oleh Charlier pada tahun 1908. Menurut model ini ketakhomogenan alam semesta berlaku berdasarkan skala yang kian membesar. Contohnya, galaksi yang bergugus kemudian membentuk supergugus dan seterusnya, manakala kepadatan min jirim kian berkurangan. |
steady-state theory of the universe | teori keadaan mantap alam semesta | Matematik | Tiada | Teori yang mengatakan bahawa sifat dan ciri menyeluruh alam semesta yang utama tetap tidak berubah sampai bila-bila pun, akhirnya jirim terus tercipta, galaksi dan gugus bintang baru terus terbentuk dan mengembang seimbang dengan kadar pengundurannya. |
entropy per baryon | entropi per barion | Matematik | Tiada | Parameter kosmos yang mengukur taburan bandingan tenaga dalam bentuk yang tak tertib dan juga tertib, dalam alam semesta ini. Ia ditentukan berdasarkan bilangan foton per barion di dalam alam semesta hari ini dan mempunyai nilai antara 109 dan 1010 menurut cerapan pada masa ini. |