mechanical distance-measuring instrument | alat ukur jarak mekanik | Geografi | Tiada | Tiada |
theodolite | teodolit | Geologi | Tiada | Alat ukur yang digunakan untuk mengambil bacaan-bacaan sudut yang tepat dalam arah menegak atau mendatar. |
zeitmesser (G) | zeitmesser | Kesenian | Tiada | Alat ukur tempo. [Sinonim dengan istilah Metronome]. |
linear rate meter | meter kadar linear | Kejuruteraan | Tiada | Alat ukur sinaran yang memberikan bacaan yang berkadar terus dengan purata kadar bilangan. |
wind gauge operator | operator tolok angin | Sukan | Tiada | Pegawai yang menentukan supaya alat ukur jarak jauh berfungsi dan tepat. |
apparent viscocity | kelikatan ketara | Kejuruteraan | Petroleum | Kelikatan bendalir seperti yang ditunjukkan oleh alat ukur tertentu pada nilai kadar ricih yang telah ditetapkan. Penentuan kelikatan ketara dengan menggunakan meter kelikatan tunjuk terus memberikan kelikatan ketara dalam unit sintipose, iaitu sama dengan setengah-setengah bacaan pada 600 putaran per minit. Bagi bendalir bukan Newtonan, kelikatan ketara merupakan fungsi kelikatan plastik dan takat alah. Manakala bagi bendalir Newtonan, kelikatan ketara adalah sama dengan kelikatan plastik. Rujukan: kelikatan; kelikatan plastik; takat alah. |
recording station | pusat perekod | Geografi | Tiada | Stesen cuaca atau meteorologi yang mencatat sifat unsur cuaca bagi sesuatu kawasan melalui beberapa alat ukur unsur cuaca. |
standard cell | sel piawai | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Sel perimer yang voltannya diketahui secara jitu dan cukup malar untuk tujuan tentu ukur alat-alat, contohnya sel piawai Weston yang mempunyai voltan 1.018636 volt pada suhu 20oC. |
Nielsen rating | penarafan Nielsen | Komunikasi | Korporat | Kaedah mengesan tindak balas khalayak terhadap media, mengenali sifat khalayak, dan mengenal pasti hubungan khalayak dengan media. Jenis kajian pengesanan yang biasa dilakukan adalah mengesan pola dan kekerapan pendedahan khalayak pada media, peringkat pendedahan dan kesukaan terhadap barangan, dan aspek lain yang berkaitan dengan maklum balas pemasaran. Apabila sistem televisyen beralih kepada sistem digital, kaedah pengukuran khalayak telah menggunakan alat ukur yang dikenali sebagai meter Active/Passive (A/P). Meter A/P ini merupakan alat yang boleh menentukan atau menetapkan jenis rancangan dan masa menonton. Sebelum itu, syarikat penarafan Nielsen telah memperkenalkan teknologi Local People Meter untuk mengukur khalayak media di kawasan metropolitan yang aktiviti perniagaannya aktif, seperti New York, Los Angeles, dan Chicago di Amerika Syarikat. Pada akhir kurun ke-20, syarikat penarafan khalayak yang dimiliki oleh syarikat AGV Nielsen telah menguasai pasaran aktiviti penarafan khalayak dunia terutamany |
plane table | meja ukur | Geografi | Tiada | Alat kaji ukur yang digunakan untuk melukis peta bagi suatu kawasan kecil. |