blowout preventer | pencegah semburan keluar | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : penindan Peralatan yang dipasang di kepala telaga bagi mencegah terjadinya semburan keluar semasa operasi penggerudian dan pelengkapan telaga berkenaan sedang berlangsung. Peralatan ini terdiri daripada beberapa buah pelantak, injap, sistem pengedap dan alatan-alatan lain yang boleh digunakan bagi mencegah (menutup, mengedap dan menahan) semburan keluar terjadi sama ada melalui anulus atau lubang terbuka. |
flight instrument | alatan penerbangan | Aeroangkasa | Tiada | Peralatan yang terdapat dalam kokpit pesawat udara untuk menyatakan keadaan sesuatu penerbangan dan seterusnya membantu juruterbang mengendalikan pesawat udara.,Ukuran tidak berdimensi bagi momen anggul.,Peralatan yang terdapat dalam kokpit pesawat udara untuk menyatakan keadaan sesuatu penerbangan dan seterusnya membantu juruterbang mengendalikan pesawat udara. |
bumper jar | bebalang bumper | Kimia | Tiada | Sejenis bebalang yang merupakan sambungan yang boleh mengembang di mana bahagian atas alatannya boleh bergerak dalam arah menegak tanpa pergerakan bahagian bawahnya. Biasanya digunakan untuk melepaskan atau membebaskan alatan atau bahagian peralatan yang terjepit atau terlekat di dalam lubang telaga dengan cara memberikan hentaman yang kuat ke atas alatan atau bahagian berkenaan. |
bumper jar | bebalang bumper | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis bebalang yang merupakan sambungan yang boleh mengembang di mana bahagian atas alatannya boleh bergerak dalam arah menegak tanpa pergerakan bahagian bawahnya. Biasanya digunakan untuk melepaskan atau membebaskan alatan atau bahagian peralatan yang terjepit atau terlekat di dalam lubang telaga dengan cara memberikan hentaman yang kuat ke atas alatan atau bahagian berkenaan. |
hand props | alatan bimbit | Komunikasi | Tiada | Kelengkapan atau peralatan kecil yang mudah dibawa ke mana-mana seperti beg, telefon, buku dan sebagainya. |
stage property | alatan pentas | Kesenian | Drama dan Teater | Peralatan yang digunakan oleh pelakon dalam pementasan drama atau teater. Contohnya, pisau, keris dan senduk. Sinonimprop. |
set property | alatan set | Kesenian | Drama dan Teater | Peralatan yang diletakkan di atas pentas sebagai sebahagian daripada set dalam persembahan drama atau teater. Contohnya, kerusi dan meja. |
appliance cost | kos alatan | Sosiologi | Tiada | Perbelanjaan yang terlibat di dalam pembelian peralatan atau kelengkapan. |
istrument flight | penerbangan alatan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penerbangan pesawat yang dikendalikan dengan bantuan peralatan pengemudian yang membolehkan anak kapal meneruskan perjalanan tanpa merujuk mercu tanda atau kedudukan cakerawala. |
instrumentation amplifier | penguat peralatan | Kejuruteraan | Tiada | Satu bentuk penguat voltan litar bersepadu, keluaran tinggi, galangan masukan tinggi yang direka untuk penolakan ragam sepunya tinggi, dalam alatan elektronik. |