Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
allegorical theatre | teater alegori | Kesenian | Drama dan Teater | Lihatdrama alegori. |
allegorical drama | drama alegori | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang menggunakan watak dan peristiwa sebagai lambang untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Sinonimteater alegori. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim’s Progress oleh John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan de |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan t |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | 1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
allegory | alegori | Kesenian | Tiada | 2. Gambaran dalam citra yang mengandungi makna yang tersirat dan pengajaran moral. |
allegory | alegori | Komunikasi | Tiada | Cerita yang memperlihatkan watak dan peristiwa sebagai simbol yang mewakili sesuatu motif atau idea bagi memenuhi matlamat tertentu. Cerita ini boleh digambarkan melalui pertuturan dan tingkah laku. |
allegory | alegori | Kesenian | Seni Bina | Luahan idea secara halus atau kiasan dalam bentuk seni. Idea dan ekspresi seni ini diluahkan dalam bentuk penghasilan arca, monumen, lukisan atau ukiran yang bermotifkan flora dan fauna. Contohnya, bangunan Taj Mahal dibina untuk melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang diluahkan dalam bentuk monumen. |