alfa | alfa | Perpustakaan | Tiada | Nama alternatif bagi rumput esparto. |
complement of alfa | pelengkap alfa | Matematik | Tiada | Tiada |
alpha ray | sinar alfa | Fizik | Atom dan Nuklear | Alur zarah alfa yang mempunyai keupayaan penembusan yang lemah jika dibandingkan dengan sinaran gama dan beta. Sinaran alfa ini tidak dapat menembusi helaian kertas dan hanya berbahaya kepada kehidupan jika bahan yang memancarkan sinar alfa ini dihidu atau dimakan. |
alpha decay | pereputan alfa | Fizik | Atom dan Nuklear | Pereputan bahan radioaktif yang memancarkan zarah alfa. Semasa pereputan ini, nombor atom menurun kepada 2 unit dan nombor jisim kepada 4 unit. Contohnya, Rn-222 dengan nombor atom 86 dan nombor jisim 222 dijana daripada pereputan alfa Ra-226 dengan nombor atom 88 dan nombor jisim 226. |
alpha channel | saluran alfa | Teknologi Maklumat | Perisian | Topeng skala kelabu yang digunakan bagi menentukan darjah ketelusan sesuatu imej. Saluran alfa biasanya menggunakan 8 bit bagi setiap piksel topeng tersebut yang dapat menyediakan 256 nilai ketelusan yang berbeza. Sebarang pengubahsuaian atau penapisan yang dibuat terhadap piksel yang ditutup separa telus dalam kawasan topeng akan dibuat secara berkadaran terus dengan nilai yang disimpan dalam saluran alfa. |
alpha radiation | sinaran alfa | Kimia | Tiada | Zarah alfa yang terbit daripada atom radioaktif. |
alpha spectrum | spektrum alfa | Kejuruteraan | Tiada | Taburan tenaga zarah alfa. |
delayed alpha particles | zarah alfa tertunda | Kejuruteraan | Tiada | Zarah alfa yang dipancarkan daripada nukleus teruja yang terhasil daripada penyepaian beta. |
alpha change | perubahan alfa | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan nukleus dengan memancarkan zarah alfa. |
alpha emission | pemancaran alfa | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan nukleus dengan memancarkan zarah alfa. |