ergot alkaloid | alkaloid ergot | Farmasi | Farmakologi | Satu daripada kumpulan besar alkaloid yang diperoleh daripada kulat biasa, Claviceps purpurea.Alkaloid jenis ini terdiri daripada tiga k:umpulan, iaitu: i. Alkaloid yang mengandungi asid amino. Contohnya, ergotamina; ii. Alkaloid yang mengandungi asid amino dehidrogenat. Contohnya, dehidroergotamina; iii. Alkaloid amina. Contohnya, ergonovina. Alkaloid ergot (terutamanya ergonovina) mempunyai kesan oksitosik, iaitu membantu mempercepat kelahiran bayi dengan merangsang pengecutan otot uterus. Kini,ergonovina digunakan dalam bidang obstetrik untuk merawat kelemahan otot rahim selepas bersalin, melengkapkan pengguguran yang tidak lengkap atau pengguguran terlepas. Keracunan alkaloid ergot boleh berlaku mlDlgkin disebabkan oleh penggunaannya yang berpanjangan, berlebihan atau pengambilan secara tidak sengaja bijirin yang tercemar. Kesan arteri koronari.Antara tanda ketoksikannya ialah dahaga, cirit-birit, pening, kadar pengecutan jantung yang tidak normal, mual dan muntah, kekejangan yang teruk serta sawan. |
indole alkaloid | alkaloid indola | Herba | Fitokimia | Sebatian alkaloid yang dicirikan dengan kewujudan rangka indola dalam molekulnya. Dalam sistem biologi, alkaloid ini diterbitkan daripada asid amino triptofan. Kebanyakan sebatian alkaloid indola mempunyai sifat aktif fisiologi, contohnya, 5-hidroksitriptamina dan asid indola-asetik. 5-hidroksitriptamina bertindak sebagai pemancar saraf yang ditemui dalam tisu pembuluh jantung, pinggiran sistem saraf, sel darah dan sistem saraf pusat. Asid indola-asetik bertindak merangsang pertumbuhan tumbuhan. |
opium alkaloid | alkaloid candu | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian alkaloid yang terdapat dalam getah pokok popi (Papaver somniferum). Sebatian utama dalam alkaloid ini ialah morfina, kodeina, tebaina dan papaverina yang pada umumnya bersifat analgesik dan narkotik. Salah satu contoh sediaan alkaloid candu ialah papaveretum yang mengandungi campuran morfina 85%, kodeina 7.8% dan papaverina 6.7% dalam bentuk hidroklorida yang digunakan untuk menahan sakit semasa pembedahan. |
ergot | ergot | Bioteknologi | Tiada | Kulat Claviceps purpurea yang berkembang dan hidup pada bunga tumbuh-tumbuhan bijirin (terutamanya rye) dan menghasilkan sebatian alkaloid. Alkaloid daripada kulat ini digunakan untuk merangsang sistem saraf simpatetik dan memberi kesan terhadap otot licin dan juga memberi kesan antogonisme kepada hormon adrenalina dan serotonin. Alkaloid ini juga dapat dihasilkan secara fermentasi kaedah tenggelam. |
ergot alkaloid | alkaloid ergot | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian alkaloid indola yang terdapat dalam beberapa jenis kulat seperti Claviceps spp. dan Aspergillus spp. serta beberapa tumbuhan daripada famili Convolvulaceae seperti bunga kembang pagi (Ipomea violacea). Alkaloid jenis ini diklasifikasikan sebagai bahan beracun yang boleh mengganggu sistem penghadaman, peredaran darah dan saraf. Keracunan ergot akibat termakan bijirin seperti rai yang tercemar oleh kulat boleh menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, beberapa alkaloid ergot juga mempunyai aktiviti farmakologi yang sangat bernilai dan sering digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, ergotmetrina daripada Claviceps purpurea yang digunakan untuk mempercepat proses bersalin dan mengurangkan pendarahan selepas pembedahan Caesarean. |
animal alkaloid | alkaloid haiwan | Kimia | Tiada | Alkaloid yang diperoleh daripada haiwan. |
nicotiana alkaloid | alkaloid nikotiana | Herba | Fitokimia | Kumpulan alkaloid yang ditemui dalam tembakau (Nicotiana tabacum). Kumpulan sebatian ini dicirikan dengan adanya struktur piridina yang mempunyai kumpulan pengganti seperti karboksilat, amida atau pirolidina. Contoh sebatian ini ialah asid nikotinik yang lebih dikenali sebagai niasin atau vitamin B3. Salah satu kegunaan sebatian ini adalah untuk menurunkan tahap kolesterol dan trigliserida. Sebatian ini akan menyebabkan iritasi gastrik sekiranya digunakan secara berlebihan. |
pyridine alkaloid | alkaloid piridina | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian alkaloid yang dicirikan dengan gelang heterosiklik enam ahli piridina. Kumpulan sebatian ini merupakan terbitan daripada asid nikotinik. Contoh sebatian ini ialah arekolina yang hanya terdapat dalam buah pinang (Areca catechu). Sebatian ini bersifat perangsang dan boleh juga menjadi agen untuk menurunkan tekanan darah. |
tropane alkaloid | alkaloid tropana | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian alkaloid yang mengandungi gelang heterobisiklik lima dan enam ahli. Contoh sebatian ini ialah hiosiamina dan kokaina yang terdapat dalam beberapa tumbuhan famili Solanaceae seperti kecubung (Datura metel). Sebatian ini digunakan sebagai agen penenang dan penahan sakit. |
alkaloid | alkaloid | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian berbes yang wujud secara semula jadi dan mengandungi sekurang-kurangnya satu atom nitrogen. Alkaloid diterbitkan daripada asid amino dan sebatian heterosiklik-N jenis pirola, pirimidina dan purina. Sebatian ini sering mempunyai kesan fisiologi yang boleh digunakan sebagai bahan ubatan, dadah atau racun. Contohnya, nikotina daripada tembakau (Nicotiana tabacum), kuinina daripada pokok kina (Cinchona officinalis), kafeina daripada biji kopi (Coffea sp.) dan morfina daripada candu (Papaver sp.). |