welcoming address | ucapan alu-aluan | Komunikasi | Korporat | Lihat kata alu-aluan (1). |
opening remark | kata alu-aluan | Komunikasi | Korporat | 1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung d |
greeting program | atur cara aluan | Komputer | Tiada | Tiada |
mushroom light | lampu cendawan | Landskap | Tiada | Lampu yang berbentuk cendawan busut yang diletakkan di kawasan taman atau aluan pejalan kaki. |
summary (speech) | rumusan (ucapan) | Komunikasi | Korporat | Bahagian kelima dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kandungan utama. Bahagian ini dianggap strategik dalam ucapan perhubungan awam kerana di bahagian ini pengucap diberi peluang untuk mengulang dan menekankan isu-isu utama bagi memastikan khalayak memahami dan mengingati mesej utama yang telah disampaikan. Pengucap boleh menggunakan kaedah pemujukan emosi, amaran, cabaran, dan arahan di bahagian ini. Penyedia ucapan dan pihak perhubungan awam perlu mengenal pasti perkara-perkara utama yang perlu dirumuskan dan diberi penekanan di bahagian ini. Bahagian yang terdapat dalam struktur sesuatu ucapan ialah kata alu-aluan, kata penghormatan, pengenalan, kandungan utama, rumusan, dan penutup. |
formula | formula | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kep |