Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada di ~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal menem­puh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu); mengambang merintangi, menahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kayu yg dipasang melintang pd bahagian atas pintu atau jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambang I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audibility thresholdambang keterdengaranFizikAkustikAmbang bagi keamatan bunyi minimum dari suatu isyarat tertentu yang boleh menghasilkan penderiaan pendengaran. Ambang pendengaran.
dentated cillambang gerigiKejuruteraanTiadaAmbang bertakuk di hujung apron untuk memecahkan daya-daya arus air, dan dengan itu, mengurangkan kerukan di bawah apron.
auditory thresholdambang pendengaranFizikAkustikLih.ambang keterdengaran.
threshold of feelingambang rasaFizikAkustikAmbang keamatan atau tekanan bagi gelombang bunyi yang menyebabkan penderiaan tak selesa bagi manusia normal, dan diukur dalam desibel relatif kepada 2 x 10-5 Pa atau 0.1 Pa.
renal plasma thresholdambang plasma renalBiologiFisiologilih. ambang renal
permanent of threshold shiftanjakan ambang kekalFizikAkustikAnjakan ambang yang berkaitan dengan kepakaan pendengaran kekal.
fission thresholdambang pembelahanFizikAtom dan NuklearNilai tenaga kinetik minimum bagi neutron yang diperlukan untuk mengaruh proses pembelahan nukleus. Contohnya, tenaga ambang pembelauan neutron yang diperlukan untuk memecahkan isotop U-238 ialah 1 MeV.
differential thresholdambang bezaanPsikologiPsikologi UmumPerbezaan minimum dalam rangsangan yang boleh dikesan oleh individu secara pasti. Contohnya, apabila individu dikehendaki membezakan dua rangsangan, iaitu A dan B, ambang bezaan akan bergantung pada keamatan atau saiz rangsangan A. Sinonim perbezaan secukup nampak.
threshold testujian ambangMakanan dan PemakananMakananSejenis ujian sensori yang membolehkan ahli panel mengesan aras minimum suatu sebatian yang telah dicairkan dalam siri kepekatan yang berbeza. Contoh ujian ambang ialah pengesanan rasa masin dalam siri kepekatan larutan garam yang berbeza.
threshold energytenaga ambangFizikAtom dan Nuklear1. Had tenaga bagi zarah atau foton tuju yang tindak balas endoergenik tertentu tidak boleh berlaku di bawah had tenaga tersebut. Bagi tindak balas di antara dua zarah tak kerelatifan, hubungan tenaga ambang kepada nilai diungkapkan sebagai: dengan mi jisim zarah tuju, mt jumlah jisim hasil zarah tindak balas dan nilai Q = tenaga penyepaian nukleus. 2. Had tenaga bagi zarah atau foton tuju yang tindak balas nukleus tertentu tidak boleh dicerap di bawah had tersebut, biasanya ditentukan oleh kesan sawar Coulomb.
12345678910...

Kembali ke atas