family waqf | wakaf zurri | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf yang manfaatnya khusus ditujukan kepada ahli keluarga wakif seperti anak-anak dan keturunan mereka seterusnya. Dalam hal ini, wakif mestilah menyatakan dengan jelas golongan yang menerima manfaat wakaf berkenaan supaya pihak lain tidak terlibat. Contohnya, wakaf ladang yang hasilnya hanya untuk anak cucu wakif. Wakaf zurri boleh berbentuk sementara apabila wakif menjelaskan bahawa wakaf itu hanya untuk tempoh tertentu sahaja manakala wakaf zurri menjadi kekal apabila tiada tempoh masa yang ditentukan. Sinonim wakaf ahli. |
combined waqf | wakaf musytarak | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf apabila manfaatnya dibahagi kepada dua bahagian, iaitu wakaf khairi dan wakaf zurri. Contohnya, wakaf tanah pertanian yang sebahagian daripada hasilnya ditujukan untuk anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Sinonim wakaf bercampur. |
traditional directed economy | ekonomi terarah tradisional | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing. |
بنت الإبن | bintu ibn | Agama Islam | Fiqh | Cucu perempuan daripada anak lelaki. |
أولاد البنات | awlad banāt | Agama Islam | Fiqh | Cucu lelaki daripada anak perempuan. |
إبن الاءبن | ibnu ibni | Agama Islam | Fiqh | Cucu lelaki daripada anak lelaki. |