microscopic anatomy | anatomi mikroskopi | Veterinar | Praklinikal | Pengkajian tisu dan sel dengan menggunakan mikroskop. Anatomi mikroskopi merupakan salah satu cabang bidang anatomi. Anatomi mikroskopi dikenali juga sebagai histologi. |
regional anatomy | anatomi kawasan | Veterinar | Praklinikal | Anatomi berkenaan bentuk organ dan perhubungan antara satu organ dengan organ lain pada sesuatu bahagian atau kawasan badan. Anatomi kawasan merupakan salah satu asas amalan klinikal dalam diagnosis penyakit. Anatomi ini dikenali juga sebagai anatomi topografi. |
comparative anatomy | anatomi bandingan | Veterinar | Praklinikal | Pengkajian ciri bentuk dan struktur pelbagai spesies haiwan untuk pengelasan. Anatomi bandingan merupakan salah satu cabang daripada bidang anatomi. Melalui pengkajian ini; lembu; kambing; biri-biri dan kerbau dapat dikelaskan sebagai ruminan kerana mempunyai empat perut. Sementara babi dan kuda dikelaskan sebagai monogaster kerana mempunyai satu perut; iaitu perut mudah. |
anatomical crown | korona anatomi | Pergigian | Tiada | Bahagian gigi yang terdiri daripada enamel. Pada asalnya bahagian korona anatomi juga terdapat di bawah paras gusi. Bagi individu yang telah berusia atau mengalami penyakit gusi, paras gusi yang menurun akan mendedahkan keseluruhan korona anatomi. |
amelo-cemental junction | temuan amelo-simentum | Perubatan | Tiada | Temuan enamel di permukaan korona dan simentum di akar gigi, menjadi pemisah korona anatomi dan akar anatomi. Sinonim : garis servikal. |
cervical line | garis servikal | Perubatan | Tiada | Pertemuan lapisan enamel di bahagian korona dan simentum di bahagian akar yang menjadi sempadan untuk korona anatomi dan akar anatomi. |
cemento-enamel junction | temuan simento-enamel | Perubatan | Tiada | Pertemuan lapisan enamel di bahagian korona dan simentum di bahagian akar yang menjadi sempadan untuk korona anatomi dan akar anatomi. |
anatomist | ahli anatomi | Perubatan | Tiada | Pakar dalam bidang anatomi. |
anatomical pathology | patologi anatomi | Perubatan | Tiada | Cabang patologi yang dikaji dari sudut anatomi. |
non-anatomic teeth | gigi tanpa anatomi | Perubatan | Tiada | Gigi tiruan yang kononnya tidak mempunyai permukaan oklusi seperti anatomi gigi asal. |