android | android | Teknologi Maklumat | Tiada | Robot anthropomorfic iaitu robot yang kelihatan seperti manusia. Ramai pembangun android menggelarkan ciptaan mereka sebagai “robot manusia” dan bukannya “android”. Contohnya, android Valerie adalah android domestik yang menggunakan pensintesis suara AT&T yang memberikan suara seperti manusia. Gambar (a), (b) dan (c) di bawah menunjukkan Valerie sedang berada di ruang tamu, di ruang makan dan di ruang foyer. Sila rujuk http://www.androidworld.com/ |
android obesity | obesiti android | Gerontologi | Tiada | Lemak yang berlebihan di sekeliling pinggang dan bahagian atas abdomen. |
android-type obesity | obesiti jenis android | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Lemak tubuh yang berlebihan di sekeliling pinggang dan bahagian atas abdomen. Obesiti jenis android biasanya berlaku dalam kalangan lelaki. Kehadiran lemak ini berpunca daripada pola pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan segera, berminyak dan berkolesterol tinggi yang meningkatkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular, diabetes dan hipertensi. |