ageostrophic wind | angin ageostrofi | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan vektor antara angin sebenar dengan angin geostrofi. Angin ageostrofi ini juga disebut lencongan geostrofi atau sisihan geostrofi. Angin ageostrofi sangat penting dan berkait dengan penumpuan dan pencapahan dan gerakan menegak di atmosfera. Contoh khusus angin ageostrofi ialah angin isalobar. Komponen ageostrofi juga terdapat dalam angin permukaan dan angin gradien. |
planetary wind | angin planet | Geografi | Tiada | Salah satu daripada sistem angin termasuk angin arus jet, monsun, angin pasat dan angin barat yang membentuk edaran atmosfera bumi. |
hurricane | taufan; hurikan | Geografi | Tiada | Ribut tropika yang mempunyai bahagian tengah (mata) yang tenang dan dikelilingi oleh angin-angin halaju tinggi (> 160 km / j) yang biasa dikaitkan dengan hujan lebat, guruh dan kilat. |
lee wave | gelombang teduh angin | Sains | Hidrometeorologi | Sistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadang kala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Kepanjangan gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang yang bersebelahan biasanya antara 4 - 40 km. Amplitud geljmbang teduh angin, iaitu separuh jarak tegakan dari palung ke puncak gelombang, amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah; suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil. R.S. Scorer menyatakan keadaan yang diperl |
wind shear | ricih angin | Sains | Hidrometeorologi | Kadar perubahan vektor angin, mengikut jarak, di suatu arah tertentu yang bergerak lurus dengan arah angin, atau Sekiranya vektor angin mendatar maka, dengan tatatanda biasa, ricih mendatar ialah vektor dengan komponen dan �ricih menegak� ialah vektor dengan komponen ini masing-masing diringkaskan kepada dan apabila vektor angin diarahkan sepanjang paksi Ricihan merupakan sifat penting medan angin. Sebagai contoh, ricihan di suatu permukaan perenggan yang nyata mungkin akan menghasilkan ketakstabilan ricihan, sementara ricihan mendatar berkait rapat dengan komponen menegak kevortisan. Kamiran ricihan angin melalui suatu silang tegak merupakan perbezaan vektor di antara angin (mendatar) di puncak dengan angin di dasar silang dan oleh itu serupa dengan angin terma sekiranya gerakan itu gerakan geostrofi. |
equatorial easterlies | angin timuran khatulistiwa | Sains | Hidrometeorologi | Angin pasat diahemisfera musim panas, yang menganjur ke atas sekurang-kurangnya sehingga ke altitud 8 - 10 km dan umumnya tidak diliputi angin baratan atas. Sekiranya angin baratan atas wujud, maka angin pasat menjadi terlalu lemah dan nipis untuk mempengaruhi cuaca. Di hemisfera musim sejuk, angin timuran ini terhad kepada jalur sempit sepanjang khatulistiwa. |
isallobaric wind | angin isalobar | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang halaju berdaya Coriolisnya tepat mengimbangi angin geostrofi tempatan yang sedang memecut. Secara matematik angin isalobar, Vis ditaktifkan berdasarkan pecutan tempatan tetapi berhampiran dengan gradien alobar seperti yang berikut: ?H Vis = k X l ?Vg = � ? ?V � ?t �2 ?t' dengan k ialah unit vektor menegak; � parameter Coriolis; V g angin geostrofi; ? isi padu spesifik; ?H operator del mendatar; dan p tekanan. Oleh itu, angin isalobar terarah tegak lurus kepada isalobar terdap tekanan yang menurun dengan magnitud berkadaran terus dengan gradien alobar. Oleh sebab angin isalobar dikaitkan dengn kesan setara dan juga kerana banyak andaian digunakan untuk menerbitkan persamaan ini, semua keterangan yang dicerap berkaitan dengan angin ini tidak memuaskan. |
tropical easterlies | angin timuran tropika | Sains | Hidrometeorologi | Angin pasat yang nipis dan mempunyai kericihan menegak yang kuat. Dengan struktur ini, pada ketinggian lebih kurang 5000 kaki, angin timuran menjadi angin baratan atas (antipasat) yang cukup kuat dan tebal untuk mengusai keawanan dan cuaca. Angin timuran tropika berada di pinggir kawasan tropika dimusim panas dan meliputi hampir keseluruhan jaluran tropika dimusim sejuk. |
head wind | angin sakal; angin depan | Sukan | Tiada | Tiada |
wind abrasion | lelasan angin; pelelasan angin | Geologi | Tiada | Tiada |