Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl sangka, anggap, fikir; mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
numeralangkaMatematikTiadaSimbol untuk mewakili sesuatu nombor. Misalnya, angka Roman ialah I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan angka Hindu-Arab ialah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, ...
station index numbernombor indeks stesenMeteorologiMeteorologi PerhubunganKumpulan angka lima digit (IIiii) yang digunakan dalam utusan sinoptik untuk menandakan stesen tertentu. Nombor indeks stesen terdiri daripada nombor blok (II) yang menunjukkan lokasi stesen dan nombor stesen (iii). Misalnya, (96647) 96 menunjukkan dan nombor blok kawasan Malaysia, dan 647 nombor stesen Subang.
Beaufort scaleskala BeaufortMeteorologiMeteorologi PerhubunganSkala daya angin yang asalnya berdasarkan keadaan laut, dan dinyatakan dalam angka dari 0 hingga 12. Lihat Lampiran II.
control abstractionpengabstrakan kawalanTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu.

Kembali ke atas