foreign armed forces | angkatan bersenjata asing | Undang-undang | Tiada | Tiada |
armed attack | serangan bersenjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan keganasan terhadap musuh yang melibatkan penggunaan angkatan bersenjata. Tindakan ini merupakan salah satu syarat bagi sesebuah negara menggunakan hak mempertahankan diri seperti yang disebut oleh Perkara 51 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam kes Nicaragua, ia ditakrifkan sebagai tindakan angkatan bersenjata yang menyeberangi sempadan antarabangsa atau tindakan menghantar kumpulan bersenjata atau askar upahan yang bertindak menyamai skala dan kesan tindakan angkatan bersenjata. Tindakan ini juga boleh melibatkan pembedilan dan pendudukan oleh tentera di wilayah negara yang diceroboh. Sasarannya boleh merangkumi wilayah darat dan laut, penduduk dan sebarang struktur yang terdapat di wilayah negara tersebut. Serangan bersenjata terhadap warganegara di luar negara lazimnya tidak dianggap sebagai serangan bersenjata seperti dalam maksud Perkara 51. Serangan bersenjata oleh pengganas boleh menepati takrifan tersebut jika pengganas itu mewakili sesebuah negara, dan skala dan kesan seranga |
combatant | penempur | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Orang-orang yang menyertai pertempuran atau medan peperangan secara langsung. Golongan penempur boleh terdiri daripada angkatan bersenjata rasmi dari sesebuah negara, tentera sukarela dan gerakan tentangan terancang seperti gerila. Apabila penempur tertangkap oleh pihak musuh, mereka dianggap sebagai tawanan perang dan perlu dilindungi sebagaimana yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva III 1949. Tugas penempur adalah untuk bertempur dan mara ke medan peperangan. Sekiranya perlu, penempur harus melukakan, menghancurkan, melakukan tindakan ketenteraan lain atau membunuh kerana sekiranya mereka tidak berbuat sedemikian, maka merekalah yang akan menjadi sasaran serangan musuh. Dalam peperangan, semua orang yang berada dalam golongan penempur akan menjadi sasaran atau objek serangan. Apabila seorang penempur membunuh penempur lain dari pihak musuh, maka perbuatan tersebut bukan dianggap sebagai tindakan yang melanggar undang-undang. |
non-international armed conflict | konflik bersenjata bukan antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Konflik yang berlaku dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau antara kumpulan bersenjata yang berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Perkara 3 Lazim Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II yang mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undangundang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa. |
non-combatant | bukan penempur | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Berkaitan dengan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan. Golongan bukan penempur terdiri daripada orang awam, tawanan perang, anggota perubatan dan golongan agama angkatan bersenjata. Mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, golongan bukan penempur ini tidak boleh disasarkan dalam sesuatu konflik bersenjata. |
international humanitarian law | undang-undang kemanusiaan antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cabang undang-undang antarabangsa yang menentukan cara dan kaedah berperang, senjata yang boleh digunakan, siapakah yang boleh disasarkan, dan siapakah yang dilindungi. Undang-undang ini memberi perlindungan kepada orang awam, objek awam dan tawanan perang. Tujuan undang-undang ini adalah untuk melindungi maruah manusia, dan mencegah serta mengurangkan kesengsaraan dan kemusnahan dalam konflik bersenjata. Undang-undang ini terkandung dalam Konvensyen-konvensyen The Hague dan Konvensyen-konvensyen Geneva. Undang-undang dalam konvensyen ini juga telah membentuk undang-undang adat antarabangsa. Ia terpakai dalam konflik bersenjata antarabangsa dan konflik bersenjata bukan antarabangsa. Ia mesti dipatuhi oleh negara, angkatan bersenjatanya dan juga kumpulan bersenjata, sama ada yang memulakan konflik bersenjata atau yang mempertahankan diri. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dikenali juga sebagai undangundang konflik bersenjata. Dahulu, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang perang |