Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yg lantainya ditinggikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjung

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anjung (Kl.)anjung (KI.)KesenianTiadaProses menjulang wau untuk naik ke udara.
bridge finsirip anjung (kapal selam)PelayaranTiadaBahagian tepi anjung kapal selam yang terkeluar untuk tujuan imbangan.
apronapron; kaki lima; anjungPentadbiran PerniagaanTiada2. Apron : Pakaian longgar yang dipakai ketika memasak yang berfungsi untuk menutup bahagian hadapan badan supaya pakaian yang dilapiknya tidak kotor. 3. Kaki lima: Lantai di antara depan kedai atau rumah dengan tepi jalan. 4. Anjung : Bahagian rumah yang ditinggikan, di sisi atau tengah rumah.
octastyleanjung tiang lapanKesenianTiadaTiada
porchanjungKesenianTiadaTiada
ante-solariumanjung jemurKejuruteraanTiadaTiada
back porchanjung belakangKejuruteraanTiadaTiada
alluvial apronanjung aluviumGeografiTiadaTiada
docking bridgeanjung mengedokKejuruteraanTiadaTiada
front porchanjung depanKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas