anonym FTP | FTP anonim | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Capaian yang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk mencapai pelayan FTP suatu sistem komputer. Pengguna FTP tidak perlu membekalkan identiti sebenar semasa proses pengesahan pengguna. Pengguna hanya perlu menggunakan pengenalan pengguna anonim dan membekalkan alamat e-mel sebagai kata laluan. Biasanya capaian FTP antonim adalah lebih terhad digunakan untuk memuat turun fail sahaja. Lihat juga anonim. |
anonym | anonim | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan capaian yang dilakukan oleh pengguna yang identitinya tidak diketahui atau tidak dimaklumkan kepada suatu sistem komputer. |
privacy issue | isu persendirian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Isu yang melibatkan kawalan dan hak pemilik maklumat ke atas pengumpulan, penyimpanan dan pengagihan maklumat peribadi individu atau maklumat sensitif organisasi. Terdapat tiga kategori utama isu persendirian, iaitu: i. Perkongsian maklumat dan penerima maklumat. ii. Keupayaan penukargantian maklumat secara rahsia, dan iii. Penyebaran maklumat secara anonim. |