dipole antenna | antena dwikutub | Geografi | Tiada | Antena yang pola sinarannya maksimum apabila sinaran itu bersudut tepat dengan antena. Panjang antena ini hampir setengah panjang gelombang dan terbahagi dua pada pusat elektriknya. |
dipole antenna | antena dwikutub | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Antena yang pola sinarnya maksimum apabila sinaran itu bersudut tepat dengan antena. Panjang antena ini hampir setengah panjang gelombang dan terbahagi dua pusat elektriknya. |
antenna gain | gandaan antena | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Ukuran keberkesanan antena berarah berbanding dengan antena tak berarah piawai. bd. Gandaan. |
equation | persamaan radar | Fizik | Akustik | Ungkapan matermatik yang menghubungkan kuasa pancaran, kuasa penerimaan dan gandaan antena sistem antena primer luas gema dan jarak sasaran radar. |
radiation resistance | rintangan sinaran | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Rintangan yang ditakrifkan sebagai kuasa tersinar keseluruhan bagi suatu antena dibahagi dengan arus antena berkesan kuasa dua yang diukur pada titik bekalan kuasa kepada antena tersebut. |
loop antenna | antena gelung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Antena yang digunakan pada radas pencarian arah radio dan dalam sesetengah penerima radio.,2. Antena yang dibentuk oleh beberapa belit dawai yang berada pada satu satah, disusun untuk melingkungi suatu kawasan dalam medan elektromagnet. |
antenna pattern test | ujian pola antena | Aeroangkasa | Tiada | Ujian terhadap pola antena untuk memastikan stesen bumi dapat menerima pancaran antena tersebut. |
radiaton zone | zon sinaran | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Kawasan yang jauh daripada antena berbanding dengan dimensi antena dan jarak gelombang sinaran. |
ground wave | gelombang bumi | Komunikasi | Tiada | Gelombang radio berfrekuensi rendah yang bergerak di antara antena pemancar dengan antena penerima yang terletak di atas permukaan bumi. Gelombang bumi boleh terdiri daripada gelombang langsung, gelombang permukaan atau gelombang pantulan bumi. |
helical antenna | antena heliks | Geologi | Tiada | Antena yang mempunyai bentuk suatu heliks. |