programme implementation | pelaksanaan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan. |