driver ants/ legionary ant | semut ratus | Biologi | Entomologi | Serangga karnivor dalam famili Dorylinae yang hidup di dalam sarang sementara dan berpindah dalam satu barisan panjang yang menyerupai askar, dan kadang-kadang jumlahnya mencapai seratus ribu ekor dalam satu barisan. Serangga ini dikenal juga sebagai semut askar atau semut pemandu. |
aniline poisoning | keracunan anilina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada anilina, iaitu bahan kimia yang digunakan dalam dakwat pencetak, dakwat penanda kain, cat, penanggal cat, dan sintesis ubat. Pengingesan sebanyak I g anilina boleh menyebabkan kematian. Nilai LD50 dalam haiwan ialah 400 mg/kg dan had pendedahan ialah 2 ppm. Anilina bertindak dengan mengubah hemoglobin kepada methemoglobin, yang mungkin menyebabkan asfiksia yang sangat teruk untuk mencederakan sel sistem saraf pusat dan kadang-kadang menyebabkan hemalisis. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan menyebabkan sianosis pada ants methemoglobin melebihi 15%; sakit kepala, sesak nafas, dan pening pada aras methemoglobin 40% - 50%; kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, dan stupor pada aras 60%, dan konvulsi, koma, tekanan darah turun, dan kemungkinan mati pada aras methemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, sakit semasa kencing, dan anemia mungkin terjadi kemudian. Keracunan kronik akibat penyed |