civil service excellence | kecemerlangan perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan yang mulia berlandaskan nilai-nilai murni, sikap, budaya dan etika kerja positif yang diterapkan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan perkhidmatan awam menjadi tunjang utama kepada kelicinan, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara di samping meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam mewujudkan kecemerlangan perkhidmatan awam seperti pengenalan Teras Perkhidmatan Awam, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan Melalui Teladan dan Tonggak 12. Selain itu, bagi menyokong dan mengukuhkan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, pihak kerajaan telah mewujudkan sistem pengiktirafan melalui beberapa anugerah seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi. |
factor endowment | anugerah faktor | Ekonomi | Tiada | Sumber yang terdapat dalam sesebuah negara yang boleh digunakan sebagai faktor dalam pengeluaran barang-barang untuk dieksport. Teori perdagangan antarabangsa menyatakan bahawa wujud kecenderungan bagi sesebuah negara untuk mengkhusus dalam pengeluaran barang eksport yang menggunakan secara intensif faktor yang di anugerah dengan banyak. |
confer | anugerah | Undang-undang | Tiada | Tiada |
government award | anugerah kerajaan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat iqta’. |
patent | paten | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sijil anugerah daripada kerajaan yang memberi hak eksklusif terhadap rekaan untuk sesuatu tempoh yang terhad. |
conferment | kurniaan | Sejarah | Tiada | Pengurniaan biasanya hadiah, gelaran atau anugerah yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada mereka yang berjasa. |
incentive system | sistem insentif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem ganjaran yang diberikan kepada kakitangan sebagai galakan bagi meningkatkan motivasi kerja. Secara umum sistem insentif boleh diklasifikasikan kepada bentuk material dan bukan material. Insentif material biasanya diberikan oleh organisasi dalam bentuk wang dan barangan. Pemberian bonus pada setiap tahun belanjawan adalah contoh insentif material. Insentif bukan material pula biasanya berbentuk penghormatan seperti anugerah tokoh khidmat cemerlang yang biasanya diberikan secara tahunan kepada kakitangan yang telah menyumbang khidmat cemerlang. |
Expectancy Theory | Teori Jangkaan | Pengurusan | Perancangan | Teori yang menyatakan bahawa manusia akan terdorong atau bermotivasi apabila mereka percaya yang usaha mereka akan menghasilkan prestasi kerja yang baik untuk mendapat ganjaran yang diharapkan. Ganjaran yang ditawarkan perlu menarik dan mendatangkan nilai yang diingini oleh individu tersebut. Contohnya, seorang pekerja menyedari bahawa dia perlu mendapat markah prestasi melebihi 90% bagi membolehkannya layak mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. |
organisational culture | budaya organisasi | Pentadbiran | Tiada | Pengamalan nilai-nilai kerja dan hubungan yang wujud dalam sesebuah organisasi. Budaya berbeza antara organisasi dengan organisasi yang lain berdasarkan saiz organisasi, bilangan kakitangan yang ada, bentuk kerja, persekitaran di mana organisasi itu berada dan kekuatan hubungan kemanusiaan yang wujud dalam organisasi tersebut. Impak budaya organisasi akan menyebabkan kekukuhan dan keruntuhan organisasi bergantung kepada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan mengurus dan mentadbir organisasi. Contohnya, organisasi memutuskan untuk melaksanakan Hari Keluarga sebagai satu program wajib tahunan untuk kakitangan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, uniform kakitangan atau berkaitan ganjaran bonus tahunan untuk kakitangan cemerlang. |
background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |