anxiolytic | anziolitik | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, insomnia dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama. Kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini ialah mengantuk, lesu, hilang ingatan dan hilang kebergantungan fizikal. Contoh ubat ialah Midazolam dan Diazepam. |
withdrawal syndrome | sindrom sarak | Perubatan | Tiada | Kumpulan gejala akibat pemberhentian secara mengejut bahan psikoaktif yang diambil dalam jangka masa panjang kerana ketagihan. Gejala tersebut bergantung kepada jenis bahan yang menjadi ketagihan. Antara bahan yang dikaitkan dengan sindrom ini ialah alkohol, Amphetamine, Cocaine, nikotin, opioid, sedatif, hipnotik dan anziolitik. Pemberhentian pengambilan bahan tersebut secara beransur-ansur dapat menghalang berlakunya sindrom ini. |