Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
instruction setset arahanKejuruteraanTiadaArahan-arahan yang boleh dikendalikan oleh komputer, yang menerangkan keupayaan komputer.
computer softwareperisian komputerTeknologi MaklumatTiadaArahan-arahan yang diberikan kepada komputer untuk menjalankan tugas. Terdapat dua kategori perisian utama iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian sistem memberi arahan kepada komputer tentang cara untuk beroperasi dan mengendalikan komponen fizikal sistem yang lain seperti peranti I/O, CPU, storan, ingatan dan peranti komunikasi. Lihat perisian aplikasi, perisian.
computer softwareperisian komputerTeknologi MaklumatTiadaArahan-arahan yang diberikan kepada komputer untuk menjalankan tugas. Terdapat dua kategori perisian utama iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian sistem memberi arahan kepada komputer tentang cara untuk beroperasi dan mengendalikan komponen fizikal sistem yang lain seperti peranti I/O, CPU, storan, ingatan dan peranti komunikasi. Lihat perisian aplikasi, perisian.
imperative planningperancangan imperatif/perancangan mendesakSosiologiTiadaBentuk perancangan yang bersifat memerintah dan melibatkan arahan-arahan tertentu.
safety reportlaporan keselamatanKejuruteraanTiadaLaporan analisis keselamatan loji nuklear semasa perancangan loji berkenaan dengan disertakan juga arahan-arahan untuk mengatasi bahaya yang mungkin berlaku.
full scriptskrip lengkapKomunikasiTiadaSkrip yang mengandungi semua maklumat yang berkaitan dengan lakonan dan aktiviti penggambaran seperti pergerakan kamera, jenis tangkapan, arahan-arahan teknikal, dialog dan pergerakan pelakon. Biasanya, pelakon atau artis perlu mengikuti setiap dialog yang telah tercatat di dalam skrip ini. Bagi filem atau rancangan-rancangan dokumentari, skrip lengkap yang digunakan adalah berbeza dengan rancangan yang bersifat pertuturan seperti forum.
insertion orderarahan sisipanKomunikasiKorporatArahan yang dikeluarkan oleh pihak pengiklan atau agensinya kepada media cetak bagi menyusuli arahan yang telah dibuat sebelumnya. Arahan bertulis ini menjelaskan spesifikasi dan memberikan kebenaran untuk menerbitkan iklan. Arahan ini mengandungi maklumat mengenai harga penerbitan, ruang halaman dan tarikh penerbitan yang dipersetujui. Tujuan arahan sisipan adalah untuk mengemas kini arahan yang terdahulu dan melakukan perubahan baharu tanpa mengubah reka bentuk iklan. Oleh sebab terdapat perubahan baharu, arahan ini turut melibatkan penambahan kos.
plain textteks biasaTeknologi MaklumatTiada1. Data tekstual dalam format ASCII. Format yang paling mudah dipindah-pindah ke semua aplikasi dan mesin. Namun agak terhad dari segi penggunaan kerana tidak mengandungi arahan-arahan untuk menformat. 2. Dalam kriptografi, teks biasa merujuk kepada mesej yang tidak disulitkan. Teks biasa yang telah disulitkan dipanggil teks sifer. Teks biasa juga dipanggil teks jelas. Lihat teks jelas, teks sifer, kriptografi
camera scriptskrip kameraKomunikasiTiadaSkrip yang mengandungi maklumat mengenai jenis tangkapan dan pergerakan kamera sebagai panduan jurukamera sewaktu rakaman. Skrip ini akan dicatatkan sama ada di atas kad atau kertas. Skrip ini juga mengandungi arahan-arahan teknikal seperti kedudukan lampu, pergerakan artis dan dialog yang digunakan.
jump linearahan sambungKomunikasiTiadaArahan yang menunjukkan bahawa sesebuah teks itu mempunyai sambungannya. Contohnya, arahan yang berbunyi µlihat halaman 4' .
12345678910...

Kembali ke atas