development constraints | halangan pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aral, gangguan, rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berwajib dalam proses membina, memajukan, mengembangkan dan memodenkan negara. Terdapat pelbagai bentuk halangan pembangunan seperti masalah sosial, kewangan, kemiskinan, pengangguran, inflasi, perpecahan dalam masyarakat, rasuah, teknologi dan lain-lain lagi. Rintangan dan halangan tersebut akan membantutkan usaha pihak pemerintah untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam usaha membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, yang mana sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan kepada masyarakat. |