SRC-II process | proses SRC-II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Singkatan bagi proses �Solvent Refined Coal II�, iaitu pembaikan proses SRC dengan keutamaan untuk menghasilkan minyak sintetik dan bukannya bahan api pepejal bebas sulfur atau galian. Proses dimulakan dengan menambahkan arang batu serbuk ke dalam buburan minyak produk edaran bercampur hidrogen pada suhu 370 - 400�C dan tekanan 1500 � 2000 psig. Ini bertujuan untuk merangsang penguraian terma dan pelarutan eksotermik arang batu. Produk minyak berat yang bersuhu 440 - 465�C kemudiannya disuling untuk mendapatkan komponen minyak sintetik. |
group II gasifier | penggas kumpulan II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penggas generasi kedua yang menggaskan arang batu kepada SNG dengan menggunakan kaedah penghidrogasan. Keluaran proses ini kaya dengan metana dan tidak memerlukan tindak balas pemetanan sebelum SNG sedia untuk digunakan. |
CCL process | proses CCL | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Singkatan bagi proses �Catalytic Coal Liquid� yang dimajukan oleh Gulf Oil Company dengan menggunakan teknologi SRC-II untuk menukarkan arang batu bitumen bersulfur tinggi kepada minyak bahan api bebas sulfur. Proses ini menindakbalaskan hidrogen dengan buburan arang batu-minyak di dalam reaktor lapisan tetap. |
Synthol process | proses Synthol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses mirip SRC-II yang menghasilkan minyak berat daripada arang batu. Proses ini dimulakan dengan memanaskan buburan arang batu-minyak pada nisbah 1 : 2 di dalam atmosfera kaya hidrogen. Kemudian buburan itu ditindakbalaskan di dalam reaktor turus terpadat dengan menggunakan mangkin kobalt/molibdat di atas silika/alumina pada suhu 465�C dan tekanan 4000 psig. |