debt based Islamic bond | bon Islam asas hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang diterbitkan berasaskan prinsip hutang. Proses terbitan bon ini dilakukan seperti yang berikut: i. Pengeluar mengenal pasti aset. ii. Bank Islam membeli aset tersebut. iii. Aset dijual kepada pengeluar bon pada harga jualan. iv. Bon akan dikeluarkan bagi mendapatkan dana untuk tujuan pembelian. Pengeluar bon akan membayar secara berkala kepada pemegang bon. Contohnya, sijil pelaburan kerajaan dan bon tanda aras khazanah. |
special weather observation | pencerapan cuaca khusus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan cuaca penerbangan yang dilakukan untuk melaporkan perubahan bererti satu atau beberapa unsur cuaca yang dicerap sejak laporan terakhir. Ciri-ciri khusus pencerapan ini boleh berubah dari masa ke masa. Pencerapan ini biasanya merangkumi: i. perubahan siling dan ketampakan bererti, terutamanya pada aras dan jarak yang terendah; ii. kehadiran awan rendah; iii. kewujudan dan berakhirnya tornado dan ribut petir; iv. peringkat awal dan akhir kerpasan sejuk beku; v. perubahan mendadak tekanan; vi. perubahan bererti angin. |