sculpture | arca; seni arca | Kesenian | Tiada | Arca: Citra tiga dimensi atau bentuk ukiran timbul. |
sculpture | arca; seni arca | Pendidikan | Tiada | Tiada |
stabile | stabil | Kesenian | Tiada | Arca yang serupa dengan arca mobil tetapi tidak bergerak. |
display icon | arca paparan | Komputer | Tiada | Arca yang digunakan untuk mewakili paparan. Arca ditukarkan kepada paparan dengan menggunakan peranti penunjuk seperti tetikus, bola jejak, atau kayu bidik. |
additive sculpture | arca tambah | Kesenian | Tiada | Arca yang dibina sebagai tambahan pada arca utama. |
achala | achala | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sejenis arca yang merujuk kepada keagamaan, pelengkap candi, pengiring dan lingga. Arca ini diperbuat daripada batu bersaiz besar serta tidak dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Arca ini dihasilkan melalui proses pahatan. Achala berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh achala ialah arca dwarapala yang dijumpai di Tapak 4, Lembah Bujang. |
iconography | ikonografi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu bidang khusus yang mengkaji seni arca sama ada bersifat keagamaan atau kontemporari. Ikonografi berasal daripada perkataan Greek �eikoon� yang bermaksud bayangan, gambar atau arca, manakala �graphoo� pula memperincikan ciri arca. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan aspek seni, simbolisme dan langgam berdasarkan ciri sesebuah arca. Ikonografi dapat digunakan untuk menentukan usia secara relatif. |
bronzes | arca gangsa | Kesenian | Tiada | Arca figur yang dibuat daripada gangsa. |
chala | chala | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sejenis arca merujuk kepada acara keagamaan, pelengkap bangunan candi, pengiring dan lingga. Arca ini diperbuat daripada batu bersaiz kecil melalui proses pahatan atau terakota dan dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Chala berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh, arca Buddha duduk yang ditemui di candi Tapak 21 dan 22, Pangkalan Bujang, Kedah. |
figurine | patung kecil | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Arca yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Arca ini mempunyai hubungan dengan unsur spiritual dan keagamaan. Patung kecil ini diperbuat daripada bahan terra cotta, batuan dan kepingan logam. Contohnya, di Tapak 21 dan Tapak 22 telah ditemui arca Awalokitesvara kecil yang duduk di atas padmasana. Di Tapak 8 terdapat pahatan dewi kecil yang diukir pada kepingan emas. |