Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ro.ma.té.ra.pi] | اروماتيراڤي

Definisi : (aromatérapi) sj rawatan yg meng­gunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ro.ma.té.ra.pi] | اروماتيراڤي

Definisi : /aromatérapi/ rawatan yg menggunakan minyak atau ekstrak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk tujuan perubatan atau utk kecantikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aromaterapi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aromatherapyaromaterapiHerbaFitokimiaKaedah penjagaan kesihatan menggunakan minyak pati daripada bahagian beraroma tumbuhan seperti bunga, daun, kulit kayu dan akar kayu. Aromaterapi merupakan kaedah rawatan yang lembut dan holistik yang bertujuan untuk merawat keadaan fizikal dan emosi individu. Aromaterapi berpegang pada prinsip bahawa cara yang paling berkesan untuk merawat penyakit dan meningkatkan sistem imun tubuh adalah apabila minda dan tubuh badan berada dalam keadaan harmoni. Kaedah rawatan aromaterapi adalah seperti urutan, mandian wap dan pemakaian wangi-wangian daripada minyak pati asli.
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaFitokimiaTumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap.
Leptospermum flavencesCina makiPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Di habitat semula jadi tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkir toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi.
Leptospermum flavescenscina makiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Cina maki tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Dalam habitat semula jadi, tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Rebusan daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi.
Aquilaria malaccensiskarasHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Thymelaeaceae yang dikenali juga sebagai pokok depu dan kayu gaharu. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Kulit batangnya boleh disiat memanjang, daunnya ringkas, tersusun berpusar dan permukaan atas daunnya berkilat. Bunganya kecil, berwarna hijau pucat dan beraroma. Buahnya berbentuk kapsul bersaiz kecil. Gaharu terbentuk dalam batang pokok yang telah terluka kemudian dijangkiti kulat. Jangkitan ini berwarna perang sehingga menjadi hitam dan mempunyai aroma yang kuat. Gaharu digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, jangkitan saluran pernafasan, demam dan sakit sendi. Minyak patinya digunakan sebagai pewangi dan bahan aromaterapi.

Kembali ke atas