Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.tis] | ارتيس

Definisi : 1. orang yg kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan); 2. peng­hibur (spt penyanyi, penari, dll); ~ ra­kaman penyanyi atau pemuzik yg mera­kam­kan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.tis] | ارتيس

Definisi : 1 orang yg menghasilkan sesuatu karya seni (spt pelukis, penyajak, pemain muzik). 2 penghibur, spt penyanyi, pelakon. ~ rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artistsenimanKomunikasiTiada1. Individu yang terlibat dalam aktiviti yang bersifat kesenian seperti pelukis, pereka pakaian dan sebagainya. 2. Individu yang terlibat dalam aktiviti persembahan seperti penyanyi, pelakon, jurusolek, pelawak dan penari. 3. Persatuan Artis-artis Filem Malaysia.
market penetrationpenembusan pasaranPengurusanPerancanganPendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi bagi memperluas penguasaan pasaran melalui penjanaan aktiviti pemasaran yang lebih berkesan. Penembusan pasaran bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang sedia ada. Antara kaedah penembusan pasaran yang sering digunakan adalah dengan menawarkan produk dengan harga promosi, meningkatkan perbelanjaan pengiklanan serta menggiatkan usaha publisiti produk dan perkhidmatan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar tekstil tempatan yang terkenal kerap dilihat mengadakan tawaran potongan harga yang hebat terutamanya ketika musim perayaan dan jualan penghabisan stok. Di samping itu, syarikat ini juga turut menggunakan khidmat artis-artis popular tempatan sebagai duta syarikat bagi tujuan publisiti.
professional artistpelukis profesional; artis profesionalPendidikanTiadaTiada
professional artistpelukis profesional; artis profesionalKesenianTiadaPelukis sepenuh masa yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menghasilkan karya seni lukis dan dianggap seorang yang pakar.
call boypenyambut senimanKomunikasiTiadaPetugas di stesen radio atau televisyen yang bertanggungjawab menjemput artis ke studio apabila diperlukan.
stage-frightgemuruh pentasKesenianDrama dan TeaterKeadaan gementar yang biasanya dialami oleh pelakon atau artis pada peringkat awal persembahan.
call timemasa berkumpulKomunikasiTiadaJadual yang mengandungi masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan supaya artis berkumpul untuk menjalani latihan, rakaman dan sebagainya. Hebahan masa berkumpul akan dibuat dalam bentuk notis panggilan.
acting editionedisi lakonanPerpustakaanTiadaEdisi drama yang mengandungi teks yang digunakan pada penerbitan pentas, khusus untuk memberi arahan kepada para artis.
full scriptskrip lengkapKomunikasiTiadaSkrip yang mengandungi semua maklumat yang berkaitan dengan lakonan dan aktiviti penggambaran seperti pergerakan kamera, jenis tangkapan, arahan-arahan teknikal, dialog dan pergerakan pelakon. Biasanya, pelakon atau artis perlu mengikuti setiap dialog yang telah tercatat di dalam skrip ini. Bagi filem atau rancangan-rancangan dokumentari, skrip lengkap yang digunakan adalah berbeza dengan rancangan yang bersifat pertuturan seperti forum.
click trackrunut klikKomunikasiTiadaGelung kecil filem magnetik yang mengandungi metronom yang digunakan oleh pengarah untuk merakam gubahan muzik. Apabila rakaman muzik dilakukan, bunyi klik tersebut boleh didengar menerusi alat pemain semula bagi memudahkan artis mengikut rentak muzik.
12

Kembali ke atas