electromagnetic induction | aruhan elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | penghasilan daya gerak elektrik di dalam sama ada melalui gerakan pengkonduksi melalui medan magnet untuk merentasi fluks magnet atau melalui perubahan fluks magnet mengelilingi pengkonduksi. aruhan magnet. aruhan saling. |
residual magnetism | kemagnetan sisa | Kejuruteraan | Tiada | Ketumpatan fluks magnet dengan daya pemagnetan sifat apabila bahan berada dalam keadaan termagnet secara simetri dan kitaran. Sinonim aruhan baki; aruhan magnet baki; ketumpatan fluks baki. |
residual flux density | ketumpatan fluks baki | Kejuruteraan | Tiada | Ketumpatan fluks magnet dengan daya pemagnetan sifat apabila bahan berada dalam keadaan termagnet secara simetri dan kitaran. Sinonim: aruhan baki; aruhan magnet baik; kemagnetan sisa. |
induced voltage | voltan teraruh | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Voltan yang dihasilkan oleh aruhan elektromagnet atau aruhan elektrostatik. |
induction motor | motor aruhan | Teknik | Elektrik | Motor arus ulang-alik yang berputar berdasarkan prinsip aruhan. Motor ini mempunyai dua bahagian utama, iaitu pemegun dan pemutar. Pemegun motor ini sama seperti motor segerak atau pengulang-alik. Ada dua jenis pemutar bagi motor ini, iaitu pemutar sangkar tupai untuk motor aruhan sangkar tupai, dan pemutar belitan fasa untuk motor tolakan dan motor segerak. |
intravenous induction | aruhan intravena | Perubatan | Tiada | Aruhan anestesia umum dengan menggunakan agen anestetik intravena. |
repulsion induction motor | motor aruhan tolakan | Teknik | Elektrik | Motor a.u. satu fasa yang pada mulanya akan digerakkan sebagai motor tolakan, dan kemudian akan berputar terus pada kelajuan biasa motor itu sebagai motor aruhan. Motor ini mempunyai dua belitan pemutar, iaitu belitan yang berakhir di penukar tertib untuk menjadi motor tolakan, dan di palang-palang pengalir untuk menjadi pemutar sangkar tupai motor aruhan setelah motor dihidupkan. Berus karbon akan diangkat apabila motor ini berputar sebagai motor aruhan. |
nuclear induction | aruhan nukleus | Fizik | Atom dan Nuklear | Aruhan magnet yang berasal dari momen magnet nukleus. Kesan ini berlaku apabila terdapat nukleus yang mempunyai nukleon proton atau neutron yang tidak berpasangan. Nukleon tersebut mempunyai momen magnet daripada momentum sudut spinnya. |
magnetic induction | aruhan magnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | lih. aruhan elektromagnet |
mutual induction | aruhan saling | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | lih. aruhan elektromagnet |