Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal ada

Puisi
 

Pondok menjadi bangsal,
     Bangsal ada di hujung desa;
Usul menunjukkan asal,
     Bahasa menunjukkan bangsa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reproduction copynaskhah salinan semulaKomunikasiKorporatBahan teks atau elektronik yang dicetak atau diterbitkan semula daripada sumber asal, sama ada melalui kaedah suntingan semula atau tidak disunting semula. Suntingan semula dibuat dengan melakukan penambahan maklumat kepada sumber asal yang disesuaikan dengan situasi semasa. Tujuan penerbitan semula bahan teks atau elektronik adalah untuk menambah atau menggantikan stok bahan penerbitan yang tidak mencukupi. Naskhah salinan semula dibuat bagi memenuhi keperluan pengguna yang melebihi jangkaan asal. Proses ini dilakukan oleh penerbit naskhah berkenaan atau pihak lain yang diberi hak penerbitan.
manuscriptmanuskripKesusasteraanTiadaNaskhah asal sama ada dalam bentuk tulisan tangan atau bertaip, tetapi masih belum dicetak.
image editoreditor imejTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang digunakan untuk mengubah suai imej asal, sama ada yang dirakam dengan kamera atau pengimbas. Perisian ini mengandungi beberapa fungsi yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan kesan khas terhadap sesuatu gambar dengan cara yang mudah. Perisian ini boleh juga menukarkan format asal gambar kepada format grafik yang lain. Contoh editor imej yang popular pada masa kini ialah Adobe Photoshop dan GIMP.
‘aqidpihak berakadPerniagaan IslamTiadaPihak yang berakad dalam urus niaga sama ada pihak berakad asal atau wakil. Contoh pihak berakad yang asal ialah pihak yang melaksanakan akad untuk dirinya, manakala wakil ialah pihak yang melaksanakan akad bagi pihak yang telah meninggal dunia.
autogenyautogeniPerubatanTiada1. Penghasilan organisma hidup daripada benda tak hidup, dipertimbangkan sama ada dari segi asal usul kehidupan di muka bumi, atau sebagai generasi spontan. 2. Asal usul, penghasilan atau pembiakan di dalam organisma yang sama.
replicationpereplikaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaMembina semula struktur, bangunan atau bandar mengikut bentuk yang asal sama ada pada skala yang sama atau yang lebih kecil.
facsimile transmissionpemancaran faksimileMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem telegrafi yang dapat mengeluarkan semula bentuk dan keterangan nada atau warna sesuatu dokumen asal, sama ada tulisan tangan, cetakan, atau gambar melalui alat faksimile.
erectile tissuetisu erektilBiologiHistologi dan SitologiTisu yang mampu menegar kerana salur darah yang ada di dalamnya mengembang. Rajah: Tisu Biji (Lihat buku asal hlm. 209) Rajah: Tisu Daun (Lihat buku asal hlm. 209) Rajah: Tisu Pucuk Tumbuh-tumbuhan (Lihat buku asal hlm. 210)
extractionpenyarianKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses pemisahan yang melibatkan pengeluaran satu komponen atau lebih daripada bahan campuran asal dengan menggunakan cecair pelarut. Aliran cecair pelarut disentuhkan dengan aliran bahan campuran yang disari dan bertindak melarutkan komponen boleh larut serta memisahkannya daripada bahan asal (sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair).
archetypearketipKesusasteraanPuisiBentuk atau pola asal. Bentuk ini boleh dikembangkan menjadi sesuatu gagasan. Ada kalanya akan terlihat ciri-ciri persambungan dan perubahan daripada pola asal.
12345

Kembali ke atas