Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sing.a.sing] | اسيڠ٢

Definisi : terpisah-pisah, tersendiri-sen­diri: barang-barang itu dinilai ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asing-asing

Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
refugee capitalmodal pelarianPentadbiranTiadaWang panas milik kerajaan asing, syarikat asing atau rakyat asing yang dilaburkan dalam negara yang menawarkan kadar faedah tertinggi, biasanya yang telah ditetapkan.
benang asingbenang asingKesenianTiadaBenang daripada nilon, guni, jerami dan lain-lain yang digunakan sebagai alat bantu menenun seperti membuat karat, mengikat butang, mengikat sumbi dan genu serta menjalin karat.
antidumping measureslangkah antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang diambil oleh negara pengimport untuk mengatasi lambakan barangan daripada pengeluar asing. Lambakan berlaku apabila pengeluar asing mengeksport barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga barangan yang dijual di pasaran tempatan pengeluar asing tersebut. Selain itu, lambakan juga boleh berlaku jika pengeluar asing mengeksport barangan pada harga di bawah kos. Matlamat langkah antilambakan adalah untuk menterbalikkan kemudaratan yang dibawa oleh lambakan terhadap pengeluar di negara pengimport. Melalui perjanjian antilambakan, langkah antilambakan telah dilakukan seperti duti antilambakan yang tidak melebihi margin lambakan. Margin lambakan merujuk kepada perbezaan harga eksport barangan dan nilai normal barangan. Nilai normal barangan boleh merujuk kepada harga barangan di pasaran tempatan pengeluar asing. Antara langkah antilambakan yang lain ialah jaminan harga atau volum antara pengeluar asing dengan negara pengimport supaya harga import tidak dibenarkan kurang, mana
political riskrisiko politikPentadbiran PerniagaanTiadaVariabiliti dalam pulangan ke atas aset kewangan asing akibat kemungkinan kerajaan asing akan mengambil tindakan yang boleh mengganggu kepentingan kewangan pelabur.
foreign aidbantuan asingEkonomiTiadaBantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima.
antimetaboliteantimetabolitHerbaFitokimiaBahan asing yang bersaing, menggantikan, atau merencatkan lalu mengganggu-gugat fungsi sesuatu bahan dalam sel. Bahan asing ini boleh memasuki sel kerana strukturnya menyerupai metabolit asal, namun bahan ini tidak bertindak dengan cara yang sama seperti metabolit asal. Bahan asing ini boleh merencat tindakan enzim atau bertukar menjadi sebatian lain yang boleh membawa kebaikan atau kemudaratan. Contohnya, drug sulfa digunakan untuk mengubati penyakit bawaan bakteria kerana drug ini bertindak mengganggu sistem metabolisme bakteria tersebut tetapi tidak mengganggu sistem metabolisme manusia.
deportationpenghantaran pulangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara.
enemy aliensorang asing musuhUndang-undangTiadaOrang asing yang berada di negara yang bermusuhan dengan negaranya.
impuritiesbenda asingMakanan dan PemakananTeknologi MakananSebarang bahan atau jisim asing yang mencemar makanan semasa pengeluaran, penyimpanan atau pengedaran. Contoh, pelbagai jenis kotoran dan bahan seperti pasir, karat dan bulu haiwan perosak.
foreign returnspulangan asingPentadbiran PerniagaanTiadaPulangan atas pelaburan bagi aset kewangan asing, termasuk kesan perubahan kadar pertukaran.
12345678910...

Kembali ke atas