nutritional toxicology | toksikologi pemakanan | Veterinar | Tiada | Bidang pengajian yang merangkumi aspek-aspek keracunan pada haiwan yang berkaitan dengan makanan, sumber makanan dan tabiat makan. Kajian ini meliputi aspek-aspek pengesanan bahan beracun, cara bertindak balas dan kaedah rawatan yang diamalkan. |
camera test | uji kamera | Komunikasi | Tiada | Proses meneliti sesuatu kamera sebelum digunakan dengan memberi tumpuan terhadap aspek-aspek seperti keseimbangan warna, paras cahaya dan aspek-aspek teknikal yang berkaitan. Lihat juga: persiapan kamera. |
building engineering | kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Cabang ilmu kejuruteraan yang memberi tumpuan terhadap aspek-aspek bangunan dan perkhidmatan, teknologi binaan dan juga infrastruktur. Di antara bidang-bidang yang terkandung dalam aspek-aspek kejuruteraan ialah, struktur, bahan binaan, mekanik tanah, perkhidmatan bangunan seperti bekalan air, sistem pendingin udara dan sebagainya. |
animal husbandary | penternakan | Veterinar | Tiada | Bidang ilmu yang merangkumi aspek-aspek seperti pembiakbakaan, pengurusan, perumahan, pemakanan, kesihatan, pengurusan sisa ladang dan penyembelihan. Pembiakbakaan melibatkan pengaturan strategi sistem pembiakan dan pemilihan ternakan. Aspek pengurusan pula melibatkan penjagaan, perumahan dan kebajikan haiwan serta pengurusan sisa ladang. Manakala pemakanan menekankan aspek seperti penyediaan padang ragut dan pemberian makanan. Aspek kesihatan pula melibatkan kawalan penyakit, pemberian ubat-ubatan dan program kesihatan kelompok. |
macrometeorology | makrometeorologi | Geologi | Tiada | Kajian tentang aspek-aspek skala terbesar bagi atmosfera. |
proximate factor | faktor proksimat | Biologi | Ekologi | Aspek-aspek sekitaran yang digunakan oleh organisma sebagai isyarat untuk lakuan yang khusus, misalnya waktu pagi merangsangkan ayam jantan untuk berkokok. Faktor proksimat selalunya tidak penting secara langsung kepada kehidupan organisma. |
generalities | peraturan umum | Sukan | Tiada | Peraturan umum tentang aspek-aspek tertentu, seperti peraturan alat, prosedur penghakiman, disiplin atlet gimrama dan sebagainya yang dikeluarkan oleh F.I.G. |
communication science | sains komunikasi | Komunikasi | Tiada | Ilmu tentang aspek-aspek saintifik komunikasi seperti unsur-unsur yang berkaitan falsafah, teori, proses dan kesan komunikasi. |
technical director | pengarah teknik | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab dalam aspek-aspek teknikal seperti mengawasi dan memastikan kelancaran sesuatu penerbitan. |
drilling engineer | jurutera penggerudian | Kejuruteraan | Petroleum | Jurutera yang pakar dalam aspek-aspek teknik penggerudian. Di antara tuga-tuga jurutera penggerudian termasuklah merencanakan telaga yang akan digerudi dan mengendalikan operasi penggerudian telaga. |