Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.tig.ma.tis.me] | استيݢماتيسمى

Definisi : (Ubat) kekaburan pelihatan akibat ketakseragaman lengkungan pd kanta mata atau kornea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata astigmatisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radial astigmatismastigmatisme jejariFizikOptikAstigmatisme yang pembentukan imejnya tidak terletak pada paksi sistem optik, disebabkan oleh sinar tuju serong.
astigmatismastigmatismeBiologiFisiologiKeadaan apabila pembiasan pancaran cahaya terbebas, tidak tertumpu pada kawasan fokus retina.
astigmatismastigmatismePerubatanTiadaGangguan penglihatan akibat kecacatan permukaan pembiasan pada mata, iaitu kornea yang tidak rata. Akibatnya sinar cahaya tidak tertumpu dengan tepat pada retina. Keadaan ini mungkin terjadi secara kongenital atau secara perolehan.
astigmatismastigmatismeFizikOptikKegagalan sistem optik, seperti kanta atau cermin, untuk membentuk imej sesuatu titik cahaya sebagai titik tunggal. Sistem ini membentuk imej titik pada dua tembereng garis yang terpisah.
astigmatometerastigmatometerPerubatanTiadaAlat yang digunakan untuk menentukan dan menyukat astigmatisme.
anastigmatic lenkanta anastigmatikGeologiTiadaKanta majmuk yang diperbetulkan supaya bebas dari astigmatisme dan kelengkungan medan.
anastigmatic lenskanta anastigmatFizikOptikKanta majmuk yang telah diperbetulkan supaya bebas dari astigmatisme dan kelengkungan medan.
geometrical aberrationaberasi geometrianFizikOptikAberasi yang terdiri daripada lima jenis iaitu:- aberasi sferaan, koma, astigmatisme, kelengkungan medan dan herotan.
optical aberrationaberasi optikFizikOptikKegagalan sistem optik untuk membentuk imej sempurna, contohnya aberasi sferaan, koma, astigmatisme, kelengkungan medan, herotan dan aberasi kroma.
ametropiaametropiaPerubatanTiadaKeabnormalan daya pembiasan mata yang mengakibatkan imej tidak terfokus pada fokus retina. Keadaan ini menyebabkan hipertropia, miopia atau astigmatisme.
12

Kembali ke atas