Diels-Alder polymerization | pempolimeran Diels-Alder | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah pempolimeran penumbuhan langkah kumpulan yang melibatkan penambatan berfungsi siklo tak tepu ke atas 1, 3-diena. |
malpractice insurance | insurans salah amalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya, dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi. |
T-1 | T-1 | Teknologi Maklumat | Tiada | T-1 bermaksud talian jauh paras 1. T-1 ialah satu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 1.544 Mbps . T-1 menyediakan sebanyak 24 saluran suara yang setiap satunya berkelajuan 64Kbps. Ia merupakan talian telefon biasa yang terpantas untuk disambungkan ke Internet. Teknologi ADSL dan HDSL dilaksanakan di atas talian T-1. T-1 adalah piawaian pemancaran data untuk Amerika Utara yang berasaskan hukum Mu (ยต). |
overhead pass | hantar atas | Sukan | Tiada | 1. Hantar atas: Hantaran bola dengan dua belah tangan di atas paras kepala. |
cope | kop (pergigian), acuan atas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian atas acuan loam.,2. Kelalang atas yang digunakan dalam pengacuan pasir lembap. |
maxilla | maksila | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Rahang atas, atau bahagian rahang atas yang di sebelah belakang pramaksila. 2. Apendaj yang terletak di posterior mandibel pada kebanyakan artropod dan terubahsuai menurut fungsi dan keperluannya. |
finial | bentuk hiasan atas | Kesenian | Tiada | 1. Bentuk hiasan atas: Bentuk hiasan pada bahagian atas atau puncak tiang, tongkat dan sebagainya. |
dorsum | dorsum | Biologi | Entomologi | 1. Permukaan atas serangga Coleoptera yang terbatas pada bahagian mesotoraks dan metatoraks. 2. Permukaan atas toraks yang disempadani sutur dorsopleuron dan bahagian sisi, skutelum di bahagian posterior, dan leher di bahagian anterior pada serangga Diptera. 3. Pinggir sebelah bawah atau sebelah alam sayap pada serangga Lepidoptera. 4. Bahagian yang tediri daripada mesoepisternum, mesotoraks dan metatoraks. |
drop shoulder | bahu menurun | Kesenian | Tiada | 1. Bahagian bahu pakaian yang mengunjur ke bahagian lengan atas.,. 2. Kelim keruk lengan yang terletak di atas lengan atas dan tidak terletak pada keruk lengan asal, popular pada 1825 hingga 1860 dan pertengahan tahun 1980-an |
labrum | labrum | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Bibir atas yang terletak di hadapan atau di atas mandibel sesetengah antropod. 2. Pinggir luar mulut cangkerang gastropod. 3. Hipostoma haiwan Trilobita. |