Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atribut 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
domaindomainTeknologi MaklumatPerisian1. Kumpulan komputer dan peranti pada rangkaian yang diuruskan sebagai satu unit dengan prosedur dan peraturan yang sama. Dalam Internet, domain ditakrifkan oleh alamat IP. Kesemua peranti yang berkongsi bahagian alamat IP yang sama dikatakan berada dalam satu domain. 2. Dalam teknologi pangkalan data, domain merujuk kepada huraian nilai atribut yang dibenarkan. Huraian atribut fizikal ini merupakan set nilai yang boleh dimiliki oleh atribut, semantik dan logik. 3. Kawasan atau masalah tertentu yang melibatkan penggunaan sistem perisian. Contoh domain ialah kawalan masa nyata, pemprosesan data perniagaan dan pensuisan telekomunikasi.
querypertanyaanTeknologi MaklumatTiada1. Dalam komunikasi data, proses pertanyaan oleh stesen tuan (seperti kerangka utama) kepada stesen hamba dengan memperkenalkan diri dan menentukan status hamba sama ada sibuk, menunggu atau sebagainya. 2. Proses pertanyaan kepada pangkalan data iaitu dengan memilih beberapa atribut daripada rekod untuk menjana laporan.
querypertanyaanTeknologi MaklumatTiada1. Dalam komunikasi data, proses pertanyaan oleh stesen tuan (seperti kerangka utama) kepada stesen hamba dengan memperkenalkan diri dan menentukan status hamba sama ada sibuk, menunggu atau sebagainya. 2. Proses pertanyaan kepada pangkalan data iaitu dengan memilih beberapa atribut daripada rekod untuk menjana laporan.
category scaleskala kategoriPsikologiPsikologi UmumHubungan antara skor numerik dengan sesuatu atribut atau kuantiti yang diukur. Skala ini mengelompokkan data berdasarkan nombor atau kategori tertentu yang umumnya tidak memberi makna. Contohnya, bagi membezakan respons berdasarkan jantina, nombor 1 digunakan untuk lelaki dan 2 untuk perempuan. Walau bagaimanapun, skala ini tidak bermakna lelaki lebih baik daripada perempuan.
ceramic analysisanalisis seramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah analisis khusus terhadap seramik yang dibahagikan kepada 5 kaedah. 1) Analisis kualitatif yang terdiri daripada analisis ukuran lebar, tinggi, tebal, teknologi pembuatan, suhu pembakaran, atribut, warna dan hiasan. 2), Analisis kontekstual, perkaitan jumpaan dengan persekitarannya. 3) Analisis kimia untuk mengetahui komposisi bahan komposisi bahan 4) Analisis mineral untuk mengetahui kandungan mineral dan batuan, dan 5) Analisis radiografi untuk mengetahui struktur bahan.

Kembali ke atas