authentication | ketulenan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
authentication | pengesahan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
authentication | penulenan | Sejarah | Tiada | 1. Proses membuktikan sesuatu itu benar, asli atau tulen.,2. Keadaan sesuatu yang telah disahkan kebenaran, keaslian atau ketulenan. |
authentication | pengesahihan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses pengesahan ketulenan identiti entiti seperti pengguna, proses, mesej dan lain-lain. |
authentication | pengesahan | Teknologi Maklumat | Tiada | Langkah keselamatan atau teknik yang memerlukan pengguna mencapai sumber dalam Internet atau Intranet dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Rangkaian klien/pelayan seperti Windows NT dan sesetengah tapak web memerlukan identiti seseorang disahkan sebelum dibenarkan mencapai fail. Langkah ini adalah untuk menentukan pengguna ialah pengguna yang dibenarkan. |
authentication | penyahihan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengenalpastian identiti pengguna, keaslian sesuatu data atau mesej. Pengenalpastian ini biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. Pengenalpastian boleh juga dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. Pengenalpastian bagi penyahihan data dan mesej pula, boleh menggunakan tandatangan digital. |
authentication | pengesahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
authentication tool | alat pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. |
authentication header (AH) | kepala pengesahan (AH) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol keselamatan Internet berdasarkan RFC2402 yang direka untuk menyediakan perkhidmatan integriti data dan perkhidmatan pengesahan punca data bagi datagram IP. AH juga direka bagi menyediakan perlindungan daripada serangan ulangan. |
authentication parameter | parameter pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Parameter yang digunakan bagi mengesahkan sesuatu entiti berkelayakan untuk menerima kategori maklumat tertentu. Parameter ini boleh terdiri daripada nama pengguna, nombor akaun atau kata laluan. |