special automobile policy | polisi khas automobil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi automobil yang mempunyai had terhadap liabiliti kecederaan anggota dan kerosakan harta, serta satu had yang sepadan dengan bayaran perubatan. Polisi ini menyediakan perlindungan kurang daripada Polisi Automobil dan julat hadnya juga terhad dan premiumnya kurang. Walau bagaimanapun perlindungan kerosakan fizikal yang ditawarkan adalah lebih luas. |
automobile fleet | flit automobil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekumpulan automobil di bawah pemilik atau pengurusan yang sama, yang layak mendapat potongan premium apabila melebihi bilangan tertentu. |
automobile insurance | insurans automobil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan berkontrak terhadap kerugian akibat penggunaan automobil. |
automobile emission | pelepasan automobil | Kejuruteraan | Tiada | Pelepasan gas dan pepejal terutamanya daripada paip ekzos automobil dan juga daripada tangki petrol, kotak engkol dan lain-lain. |
Automobile Design | Reka Bentuk Automobil | Kesenian | Tiada | Subbidang reka bentuk pengangkutan yang menumpukan kajian dan penghasilan reka bentuk automobil. |
comprehensive automobile insurance | insurans automobil komprehensif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang memberi perlindungan liabiliti dan kerosakan fizikal kepada automobil. |
automobile physical damage insurance | insurans automobil kerosakan fizikal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang memberi perlindungan hanya kepada kerosakan fizikal automobil sahaja. |
automobile death disability coverage | perlindungan kematian dan hilang upaya automobil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Di bawah polisi liabiliti automobil penumpang persendirian, satu premium tambahan diperlukan untuk endorsemen ini yang membayar jumlah yang telah ditetapkan untuk kecederaan atau kematian akibat kemalangan. |
automobile liability insurance | insurans liabiliti automobil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi ganti rugi untuk liabiliti undang-undang bagi kecederaan anggota atau kerosakan terhadap harta orang lain akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan automobil. |
automobile | automobil; kereta | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |