avant-garde | avant-garde | Kesusasteraan | Tiada | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme. |
avant-garde | avant-garde | Kesenian | Seni Bina | Kumpulan yang membawa aliran pembaharuan dalam lapangan seni termasuk seni bina yang berbentuk eksperimental dan tidak konservatif serta berlawanan dengan tatacara biasa. Perkembangan avant-garde dalam seni bina dapat dilihat dengan kemunculan aliran atau gaya seni moden seperti Kubisme, De Stijl dan Ekspresionisme. Avant-garde berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud kawasan hadapan. |
avant-garde | garda depan | Kesusasteraan | Tiada | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme. |
avant-garde | avant-garde | Komunikasi | Tiada | Hasil ciptaan kreatif yang bertentangan dengan arus perdana, mempunyai unsur kontroversi dan bersifat curahan rasa peribadi. |
avant-garde art | seni avant-garde | Kesenian | Tiada | Kegiatan atau hasil seni lukis yang dikatakan mempelopori, bereksperimen dan mendahului zamannya. |
avant-garde theatre | teater avant-garde | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater berasal dari Perancis yang memperlihatkan kelainan dari segi bentuk dan pemikiran berbanding teater sedia ada. Teater jenis ini menegaskan keaslian bentuk dan menentang konvensi. |
avant-garde | avant-garde | Kesenian | Drama dan Teater | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-gardemerujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-gardejuga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-gardeberasal daripada perkataan Perancis 'vanguard'yang bermaksud ‘barisan hadapan’. |
avant-garde | mendahului zaman | Sejarah | Tiada | Individu atau kumpulan yang mencipta, menghasil atau mengamal satu idea, reka bentuk atau teknik yang baru dan asli khususnya dalam karya seni yang memperlihatkan ciri-ciri yang terkeluar daripada kebiasaan. |
tropism | tropisme | Kesusasteraan | Tiada | Reaksi dalaman sesuatu watak akibat rangsangan (stimulus) luaran, contohnya dalam monolog dalaman. Tropisme boleh diandaikan sebagai sebarang perlakuan yang tidak diperkatakan tetapi terlintas dalam fikiran watak walaupun sejenak. Teknik ini bermula sebagai avant garde berbentuk separa pertuturan. Pada mulanya, teknik ini digunakan dalam disiplin biologi untuk mencerminkan pengubahsuaian sesuatu organisma secara pertumbuhan, dan bukannya pergerakan setelah diberikan stimulus. Tropisme berasal daripada bahasa Yunani tropos yang bermaksud �berputar�. Lihat juga avant-garde, monolog dalaman. |
constructivist architecture | seni bina konstruktivis | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang muncul antara tahun 1920-an hingga awal 1930-an, dipelopori oleh arkitek avant-garde Rusia yang melancarkan reka bentuk bangunan untuk keperluan regim Sosialis. Seni bina kontruktivis menggabungkan kepakaran kejuruteraan dan teknologi dengan ideologi politik dalam mereka bentuk bangunan. Kumpulan arkitek konstruktivis berusaha untuk mewujudkan idea kesatuan kemanusiaan melalui susunan yang harmoni dalam kepelbagaian elemen struktur bangunan yang dibina. Contohnya, bangunan Tatlin�s Tower oleh Vladmir Tatlin yang dibina pada tahun 1919 di Rusia. |