ibra’ | pengguguran hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pelepasan hutang atau hak kepada penghutang atau penjamin sama ada pelepasan semua hutang atau hak, atau sebahagian hutang atau hak sahaja. Contohnya, pemiutang berkata “Saya gugurkan hutang awak”, maka gugurlah hutang dan pemiutang tidak ada hak menuntut hutang. Sekiranya tindakan pelepasan atau pengguguran hutang itu diberikan kepada penjamin sahaja, maka penghutang tidak terlepas daripada tanggungan hak pemiutang. |
ibra’ isqat | pelepasan gugur | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan semua atau sebahagian haknya yang ditanggung oleh orang lain. Contohnya, hutang sebanyak RM1 000 telah dibayar RM300. Kemudian, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan hutang awak sebanyak RM1 000". Maka dengan itu, gugurlah hutang dan pihak pemiutang boleh menuntut kembali bayaran RM300 yang dibuat dahulu. |