Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ayam yg diĀ­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Ayam hitam ayam didik,
     Petang-petang masuk kampung;
Tubuh hitam badannya kecil,
     Tinggal pengukur mayang nibung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
village fowlayam kampungVeterinarTiadaTiada
growing phasefasa pertumbuhanVeterinarTiadaFasa pembesaran bagi ternakan selepas mengalami peringkat penyusuan pada mamalia atau peringkat didikan pada unggas, sebelum berlakunya fasa pembiakan. Contohnya, bagi ayam pedaging tempoh fasa pertumbuhannya ialah antara 3-6 minggu, ayam kampung pada umur 2-16 minggu, ayam penelur 4-20 minggu dan puyuh 12-35 hari. Bagi ternakan ruminan pula seperti kambing dan biri-biri tempoh fasa pertumbuhannya ialah pada umur 4-14 bulan dan lembu 7-18 bulan.
Barringtonia racemosaputatHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Lecythidaceae dan dikenali juga sebagai putat ayam, putat kampung dan putat kerdul. Daunnya jenis ringkas, bersaiz besar dan lebar. Teksturnya tebal dan tepinya bergerigi. Tangkai daun berwarna merah dan daun yang muda berwarna ungu kemerah-kemerahan. Bunganya berwarna putih atau merah jambu, teratur pada jambak yang panjang dan terjuntai pada dahan. Buahnya agak besar, bersegi dan beralun serta warnanya hijau kemerah-kemerahan. Bijinya besar dan keras. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan kampung dan pinggir hutan. Daunnya digunakan untuk merawat gatal dan cacar air. Akarnya mengandungi saponin dan dibuat serbuk untuk mengubati sakit mata dan kurap. Batangnya digunakan untuk merawat ulser kulit, manakala pucuknya dan buah muda dibuat ulam.

Kembali ke atas