لا بائس به | lā ba’sa bihi | Agama Islam | Hadith | 1. lafaz ta’dil yang lebih rendah darjatnya daripada mutqin, menurut Ibn Abu Hatim dan Ibn Hajar 2. Lafaz ini sama dengan thiqat menurut Ibn Ma’in. |
Helmholtz energy of canonical partition function | tenaga Helmholtz fungsi pembahagian berkanun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga Helmholtz sesuatu bahan yang ditentukan daripada fungsi pembahagian berkanun melalui hubungan berikut: 1nQ = - bA, b = (kBT)-1, dengan A = tenaga Helmholtz, Q = fungsi pembahagian berkanun, T = suhu, kB = pemalar Boltzmann. |
inverse matrix | matriks songsang | Matematik | Tiada | Matriks segi empat yang, apabila didarab dengan suatu matriks segi empat sama, menghasilkan matriks identiti. Diberi matriks segi empat sama A dan B dengan AB + BA = I (matriks identiti). A dikenali sebagai matriks songsang kepada B dan A ditulis sebagai B-1. |
rondo | rondo | Muzik | Tiada | Bentuk muzik yang mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada bahan ulangan yang diselang-selikan dengan bahan baru. Contoh bentuk muzik ini ialah ABACAB'A. Bahagian A diulangi secara berselang-seli dengan bahagian lain yang mengandungi bahan bam yang dikenali sebagai episod. Bahagian A bermula dalam nada tonik dan episod pertama B biasanya dalam nada dominan major, median atau dominan minor. Episod kedua, iaitu C adalah dalam nada seperti subdominan dan submedian. Episod ketiga B1 adalah dalam nada tonik. |
octosyllabic | astasuku | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang setiap baris terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai lapan suku kata. Walau bagaimanapun pembinaan suku kata demikian pada setiap baris dalam sesuatu rangkap atau rangkap sesebuah puisi itu adalah jarang-jarang digunakan. Contohnya, petikan puisi "Bersama Ombak" dalam kumpulan Pengantin Laut, karya J.M. Aziz. Di/ ba/wah te/ma/sya sen/ja 1 2 3 4 5 6 7 8 |